Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Thursday, 26 December 2013

Persahabatan~




Persahabatan..
Ia lebih sukar daripada ADDMATHS,
Lebih rumit daripada FIZIK,
Lebih susah daripada BIOLOGI,
Lebih payah daripada ARAB,
Tapi persahabatan tak sebosan SEJARAH,
So.. kita kena pastikan mesti ada CHEMISTRY antara kita,
Barulah persahabatan dapat difahami....
Kerana persahabatan itu seindah PQS dan PSI....




#Tengah bosan tetiba dapat mesej dari Ain. Aku faham C&P je..
Haha

 Kbai.. merepek~





Tuesday, 24 December 2013

Tanda Kiamat



>> TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP <<


  • Banyak saksi palsu
  • Kurang sifat amanah
  • Zina bermaharajalela
  • Ramainya anak luar nikah
  • Penaklukan Baitulmaqdis
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Banyak berlakunya gempa bumi
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Menghiasi masjid dan membanggakannya
  • Lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya
  • Pemimpin terdiri daripada orang yang fasik dan jahil
  • Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja
  • Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang
  • Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan
  • Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita

Sabda Rasulullah S.A.W

Sebarkan walaupun sepotong ayatku






Thursday, 19 December 2013

Peribadi mulia


Assalamualaikum semua :)

     Peribadi mulia ada 10 perkara. (Mungkin) ada pada seseorang (tetapi) tiada pada anaknya. (Mungkin) ada pada anak (tetapi) tiada pada bapanya. (Boleh jadi) ada pada seseorang tuan (tiada) pada hambanya. Allah SWT akan membahagikannya kepada sesiapa yang Allah inginkan dirinya kebahagiaan...


  • Benar dalam percakapan
  • Tetap pendirian
  • Menjaga lidah
  • Memberi kepada yang memerlukan (sedekah)
  • Memberi penghargaan di atas kebaikan (anugerah)
  • Menunaikan amanah (bertanggungjawab)
  • Menghubungkan silaturrahim (prihatin)
  • Menjaga hak dan memelihara kehormatan jiran
  • Menjaga hak dan memelihara kehormatan sahabat
  • Memuliakan tetamu

* Dan yang paling utama sekali ialah sifat MALU*








Sunday, 15 December 2013

Pengalaman


Assalamualaikum semua.

     Hari ini Afie nak cerita sikit pasal pengalaman Afie waktu pergi Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata a.ka. KAP. Okay, sebenarnya memang Afie tak pernah plan pun nak pergi kursus ni. Kalau nak diikutkan cerita sebenarnya, Afie cuma nak kerja sebagai pengasuh kat taska umi iaitu Taska Ain Hazwani. Tapi lain pulak jadinya. Ye lah. setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya.

     Umi ada bagitahu Afie yang pihak penganjur kursus ini tak cukup peserta. Diorang perlukan peserta sebanyak 35 orang lebih kurang. Tapi waktu tu hanya ada beberapa belas orang saja. Jadi, umi pun suruh lah Afie pergi kursus ni. Umi kata sijil kursus ni laku. Laku kat mana tu entahlah. Tapi kita dengar je la cakap orang tua kan. Afie terfikir jugak, "Why not aku cuba? Bukan susah sangat pun. Lagipun boleh cari pengalaman baru". So, Afie pun try la kursus ni.

     My first day there.....

     Afie pergi sana dengan sorang pekerja umi, Cik Roha. Afie naik motor Afie, Cik Roha naik motor dia. Umi bagitahu kursus tu mula pukul 8 pagi, jadi kitorang bertolak awal. Kitorang sampai sana dalam pukul 7.45 pagi. Waktu kitorang sampai kat situ, kitorang ingat semua orang dah masuk dalam kelas. Tapi rupa-rupanya kelas pun tak bukak lagi. Jadi kami tunggulah sampai nak dekat pukul 9 pagi, then barulah kami mendaftar. Nak buat macamnaa kan? Orang melayu dah memang macamtu. Selalu tak on time.

     Pastu aktiviti-aktiviti dia biasalah kan, ada ice breaking, pastu divide group and so on la. Ada jugak aktiviti-aktiviti secara berkumpulan, macam biasa la. Pastu presentation... faham-faham je la kan.

     Kursus ni sebenarnya berjalan dalam 28 hari la lebih kurang. Tapi dia buat setiap sabtu and ahad je. Jadi kalau nak dikira sampai bulan 3 nanti baru habis. Kalau tak salah 9 Mac nanti. Pastu dalam tempoh tu jugak ada exam, ada praktikal, waktu tu la pun diorang nak ambil markah :) Waktu tu la yang kena betul-betul score! Nanti takut tak lulus kalau tak buat betul-betul. Sebab nak dapatkan sekeping sijil tu bukan senang. Kena buat sungguh-sungguh. Kalau ada perasaan malu tu kena buang jauh-jauh. Kita kan nak kerja sebagai pengasuh dan pendidik, takkan nak malu kot. Itu la cabaran bagi Afie. Sebab Afie ni pun jenis tak banyak cakap. Bila kita tak banyak cakap, orang kata kita ni pemalu. Padahal kalau orang suruh Afie present kat depan, Afie takde la sampai tak reti nak cakap or tak reti nak present. Tapi nak buat macammana, dah tanggapan orang kat kita memang dah macamtu. Anyway, kalau dah sampai masa group Afie buat presentation, I do my best!! Lantak lah orang nak cakap apa pun ka. Yang penting tu diri kita. Kemana pun kita pergi, kita tak bawa orang lain. Kita tetap kena pandai bawa diri kita :)

     Dekat sini Afie dapat simpulkan bahawa kalau kita semua berada dalam program-program macamni, sebenarnya kita semua perlu memainkan peranan. Kerjasama antara ahli kumpulan itu penting. Memang Afie tak nafikan ada jugak ahli kumpulan Afie sendiri yang langsung tak nak bercakap. Pemalu la tu (konon). Memang la dia tu pemalu tapi lama-lama orang tak suka tau. Nanti kesian kat dia. Ishh3.

     Okay, entry kali ni dah pun sampai ke penghujungnya. Afie bukan apa, just nak share pengalaman Afie. And lagi satu nak cerita, that was my first time Afie sampai Kolej Komuniti Teluk Intan tu by my own!!! First time Afie bawa motor sampai kat situ. ~Teruja kejap. Hahaha.




 Sebab sebelum ni Afie tak pernah pun lepas area Kampung Bahagia. Itu lah pengalaman orang kata. Selagi mana kita hidup kat dunia ni, jangan sesekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Memang lah mula-mula tu takut. Tapi sampai bila kita nak mengharapkan pertolongan orang lain, kann?

Okay lah. That's all for now. Bye!

Assalamualaikum semua :)









Sunday, 4 August 2013

Kawan-kawan lama

          Assalamualaikum..

          Huh.. Penat betul hari ni. Dari pagi sampai malam, memang tak duduk diam. Sebab ape, kakakku yang tersayang ni nak buat reunion sekolah rendah dia kat rumah. Nak buat Majlis Iftar Jamaie pulak tiba-tiba. Tak faham aku. Memang tak menang tangan la kan. Dari pegang pisau, pastu pegang penyapu, pastu pegang pisau balik, pegang karpet pulak, pinggan mangkuk lagi, periuk nasi, kuali.. Cakap je nak ape, semua aku pegang hari ni. Rasenye hari ni majlis dia, tapi aku yang penat terlebih. Tapi takpe, ade upah :)   (nampak beno tak ikhlas nye)
         
          Tapi hari ni jugak la memang banyak benda yang aku belajar. Dan ramai la jugak kawan2 kakak aku yang dapat aku berkenalan :) Segan kott.. Tapi deme biase2 je, jadi buat ape nak segan kan? Merepek je post kali ni. Sebenarnya tak tau nak tulis ape.. Cuma nak tekankan, aku tengok ukhuwah batch diorang tu memang kuat.. Tak macam kita2 ni, kawan sendiri pon malu nak tegur la, tak kenal la. Sepatutnya yang tak kenal tu la kena kenal balik. Bukan buat donno je.. (Cakap je pandai)  Takpe la, kita sama2 perbaiki diri.. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia, tu yang penting! Semoga sama2 dapat keberkatan di bulan yang mulia ni :)
                      P/s : Bila kita pulak nak buat reunion??? (mengharap gila2 nak jumpa kawan2 lama!!)








Happy kan??





Thursday, 25 July 2013

Ramadhan Kareem !!

       

         Hari ni dah hari ke 17 kita semua melaksanakan ibadah puasa :) Maksudnya malam ni malam ke 18 Ramadhan.. Sedar tak sedar Ramadhan dah nak dekat habis dah. Macammana Ramadhan kita tahun ni?? Sama macam tahun lepas or ada penambahbaikan?? Hope Ramadhan kita semua ada peningkatan. Apatah lagi 10 malam terakhir dah nak tiba. Apa persiapan kita nak bertemu dengan Lailatul Qadar??
          Lailatul Qadar.. Ade orang kata malam ke 29. Ade yang kata malam ke 27. Ada juga yang kata malam yang ganjil dalam 10 malam terakhir. Apa-apa pon tak kisahlah bila malam tu tiba, yang penting kita semua mesti mencari malam tu. Semoga ada keberkatan daripada Allah..
          Sekarang ni kalau kita tengok dekat surau-surau or masjid-masjid dah tak penuh macam awal-awal puasa dulu. Maklumlah, Ramadhan dah separuh, bilangan orang kat masjid pon dah jadi separuh. Nak buat macammana, dah jadi lumrah masyarakat melayu kita.. Mula-mula je bersemangat. Tapi takpe la, yang penting niat kita ikhlas dalam melaksanakan ibadah :) Tak kisahlah apa-apa pon ibadah apa yang kita nak buat asalkan ibadah tu membawa kebaikan kepada orang lain ataupon diri kita sendiri :)
          Sama-sama la kita rebut pahala berlipat kali ganda dalam akhir-akhir Ramadhan ni. Wallahualam.




Tengok la video ni. Seronok! Mula-mula memang takut nak tengok, lepas tu rasa lebih bersemangat! Tapi video ni takde kaitan pon dengan Ramadhan.. Saja untuk hiburan dan bagi kesedaran :)