Sunday, 15 December 2013
Pengalaman
Assalamualaikum semua.
Hari ini Afie nak cerita sikit pasal pengalaman Afie waktu pergi Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata a.ka. KAP. Okay, sebenarnya memang Afie tak pernah plan pun nak pergi kursus ni. Kalau nak diikutkan cerita sebenarnya, Afie cuma nak kerja sebagai pengasuh kat taska umi iaitu Taska Ain Hazwani. Tapi lain pulak jadinya. Ye lah. setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya.
Umi ada bagitahu Afie yang pihak penganjur kursus ini tak cukup peserta. Diorang perlukan peserta sebanyak 35 orang lebih kurang. Tapi waktu tu hanya ada beberapa belas orang saja. Jadi, umi pun suruh lah Afie pergi kursus ni. Umi kata sijil kursus ni laku. Laku kat mana tu entahlah. Tapi kita dengar je la cakap orang tua kan. Afie terfikir jugak, "Why not aku cuba? Bukan susah sangat pun. Lagipun boleh cari pengalaman baru". So, Afie pun try la kursus ni.
My first day there.....
Afie pergi sana dengan sorang pekerja umi, Cik Roha. Afie naik motor Afie, Cik Roha naik motor dia. Umi bagitahu kursus tu mula pukul 8 pagi, jadi kitorang bertolak awal. Kitorang sampai sana dalam pukul 7.45 pagi. Waktu kitorang sampai kat situ, kitorang ingat semua orang dah masuk dalam kelas. Tapi rupa-rupanya kelas pun tak bukak lagi. Jadi kami tunggulah sampai nak dekat pukul 9 pagi, then barulah kami mendaftar. Nak buat macamnaa kan? Orang melayu dah memang macamtu. Selalu tak on time.
Pastu aktiviti-aktiviti dia biasalah kan, ada ice breaking, pastu divide group and so on la. Ada jugak aktiviti-aktiviti secara berkumpulan, macam biasa la. Pastu presentation... faham-faham je la kan.
Kursus ni sebenarnya berjalan dalam 28 hari la lebih kurang. Tapi dia buat setiap sabtu and ahad je. Jadi kalau nak dikira sampai bulan 3 nanti baru habis. Kalau tak salah 9 Mac nanti. Pastu dalam tempoh tu jugak ada exam, ada praktikal, waktu tu la pun diorang nak ambil markah :) Waktu tu la yang kena betul-betul score! Nanti takut tak lulus kalau tak buat betul-betul. Sebab nak dapatkan sekeping sijil tu bukan senang. Kena buat sungguh-sungguh. Kalau ada perasaan malu tu kena buang jauh-jauh. Kita kan nak kerja sebagai pengasuh dan pendidik, takkan nak malu kot. Itu la cabaran bagi Afie. Sebab Afie ni pun jenis tak banyak cakap. Bila kita tak banyak cakap, orang kata kita ni pemalu. Padahal kalau orang suruh Afie present kat depan, Afie takde la sampai tak reti nak cakap or tak reti nak present. Tapi nak buat macammana, dah tanggapan orang kat kita memang dah macamtu. Anyway, kalau dah sampai masa group Afie buat presentation, I do my best!! Lantak lah orang nak cakap apa pun ka. Yang penting tu diri kita. Kemana pun kita pergi, kita tak bawa orang lain. Kita tetap kena pandai bawa diri kita :)
Dekat sini Afie dapat simpulkan bahawa kalau kita semua berada dalam program-program macamni, sebenarnya kita semua perlu memainkan peranan. Kerjasama antara ahli kumpulan itu penting. Memang Afie tak nafikan ada jugak ahli kumpulan Afie sendiri yang langsung tak nak bercakap. Pemalu la tu (konon). Memang la dia tu pemalu tapi lama-lama orang tak suka tau. Nanti kesian kat dia. Ishh3.
Okay, entry kali ni dah pun sampai ke penghujungnya. Afie bukan apa, just nak share pengalaman Afie. And lagi satu nak cerita, that was my first time Afie sampai Kolej Komuniti Teluk Intan tu by my own!!! First time Afie bawa motor sampai kat situ. ~Teruja kejap. Hahaha.
Sebab sebelum ni Afie tak pernah pun lepas area Kampung Bahagia. Itu lah pengalaman orang kata. Selagi mana kita hidup kat dunia ni, jangan sesekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Memang lah mula-mula tu takut. Tapi sampai bila kita nak mengharapkan pertolongan orang lain, kann?
Okay lah. That's all for now. Bye!
Assalamualaikum semua :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Wahh untung la fifi :)
ReplyDeletepengalaman mematangkan diri.......
ReplyDelete