Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Saturday, 18 January 2014

Pria



     Sedang asyik ku membuat kerja-kerja harianku di hadapan sinki dapur, tiba-tiba satu suara menyapaku dari belakang...

"Boleh aku tanya sesuatu?" tanya pria itu.

"Hmm"

"Apa yang akan kamu buat kalau ada seseorang sukakan kamu?" tanya pria itu, lembut.

Aku diam seketika untuk memikirkan jawapan kepada soalan tadi. Pria itu setia menunggu jawapanku.

"....... Er.. Hmm.. buat bodoh je la, kot....." jawabku, ragu-ragu. "Kenapa kamu tanya ya?? Siapa yang sukakan kamu??" tanya ku, sekadar mengisi kekosongan antara kami.

"Ada aku cakap seseorang sukakan aku ke?" jawabnya dengan segaris senyuman. Ikhlas :)

"Oh"

Lima minit berlalu. Pria itu masih di situ. Pria itu seperti menunggu sesuatu. Dia menunggu siapa agaknya? Aku kah? Eh, tak mungkin.

"Apa ciri-ciri lelaki idaman kamu?" Satu soalan menerpa telingaku.

"Kenapa kamu nak tahu?"

"Saja", jawabnya ringkas.

"Mestilah nak yang baik, bertanggungjawab, penyayang, tak merokok, ......."

Sedang ku khusyuk berkata-kata, pria itu memotong laju....

"Bukan itu yang aku maksudkan.  Yang kamu sebutkan itu, semua perempuan inginkan yang seperti itu. Maksud aku, apa syarat-syarat yang akan kamu letakkan kepada seseorang yang ingin menyunting kamu suatu hari nanti?" soalnya dengan yakin dan mengharapkan jawapan yang pasti daripadaku.

Ah? Soalan apakah ini? Syarat-syarat? Aku tidak punyai syarat yang kutetapkan untuk sesiapa yang ingin menyuntingku suatu hari nanti. Apa yang harus kujawab kepadanya? Ya Allah..

"Er.. saya tidak tahu"..

"Eh. Tak mungkin. Pasti ada syarat yang kamu tetapkan. Takkan begitu mudah untuk mendapatkan kamu".
Jawab pria itu, selamba.

"Mmm. Kalau kamu?" Soalku, penuh minat.

Pria itu berdiri sambil berjalan menghampiriku.. lalu berkata... "Kalau aku, aku nak yang boleh menerima segala teguran dan nasihat aku.. Cukuplah itu.. Kalau tak pandai masak pun takpe, nanti boleh masak sama-sama dekat dapur.. Kan sweet"

Bagus betul pria ini. Jarang ditemui. Senyuman terukir diwajahku tanpaku sedar.

"Eh. Kamu masih belum menjawab soalan aku tadi". Soalnya dengan penuh harapan.

"Selain segala nilai-nilai murni yang sudah kusebut tadi, aku nak lelaki yang.... er.. dapat menerima segala kekurangan diri aku, mungkin", jawabku. Kali ini kurang yakin.

"Lagi? Takkan itu saja" balasnya, tidak berpuas hati dengan jawapanku.

"Habis tu kamu nak aku jawab apa? Itu jawapanku setakat ini. Aku tidak ada jawapan lain. Atau aku rasa aku yang harus mempersiapkan diri aku sebaiknya untuk disunting nanti".

"Maksud kamu apa? Mempersiapkan diri kamu? Aku tak faham. Cuba terangkan".

"Mmm.. ye la.. aku harus membuat persiapan untuk menjadi isteri. Aku harus tingkatkan tahap kesabaran aku, aku harus berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik kepada suami aku nanti. Aku harus pandai membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Aku harus ada strategi dan cara yang berkesan untuk mendidik anak-anak aku nanti. Insyaallah, kalau ada rezeki dan kalau ada jodoh la".

"Memanglah, tapi kamu nak suami yang macammana?"

"Yang itu.. aku tidak tahu. Aku tak pernah fikirkan aku nak suami yang macammana. Aku selama ini hanya memikirkan persiapan aku saja. Yang hadir itu nanti aku hanya berserah kepada Allah sahaja. Allah yang Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untukku".

"Habis tu, kalau yang datang kepada kamu nanti seorang yang ala kadar sahaja agamanya, adakah kamu akan terima hanya dengan berserah saja? Mesti kamu dah tetapkan syarat kepadanya, mungkin kamu akan menyuruhnya memperbaiki akhlak dan agamanya.. atau mungkin kamu akan terus menolaknya. Kamu mesti sudah ada prinsip. Kamu faham tak soalan aku sebenarnya?"

"Aa.. aku faham.. tapi aku masih tak dapat nak menjawab soalan itu, kerana mungkin aku masih belum memikirkannya. Aku minta maaf, buat masa ni aku memang tak ada jawapan untuk soalan kamu itu. Mungkin suatu hari nanti aku akan menjawabnya dengan yakin. Apabila sudah tiba waktunya".

"Ah. Tidak mungkin. Mustahil. Tak sangka ada juga perempuan macam ni".

Itulah kata-katanya yang terakhir sebelum meninggalkanku sendirian di dapur. Aku terkedu. Terkejut. Hilang kata-kata. Namun, ku tabahkan jua hati ini untuk meneruskan kehidupan.

Pria itu.... memang aneh.
Namun, dia masih seperti dulu.
Masih keras dengan soalan-soalannya.
Soalan-soalannya yang sentiasa menghantui malam-malamku.

Tetapi..
kali ini... ada kelainan pada wajahnya.
Kelihatan lebih bercahaya daripada selalu.
Ada sinar keimanan pada akhlaknya.
Dan juga budinya..
Aku juga dapat lihat usahanya untuk berubah kearah kebaikan.

Dan... dia jugalah....

pria harapan ku..
pria harapan bangsa..
pria harapan agama-Mu..

Insyaallah :)


Akan ku doakan selalu :)



Tuesday, 14 January 2014

Poligami Rasulullah SAW


Dr. Donald bertambah kagum melihat peribadi yang dipamerkan oleh rakan sekerjanya itu. Kalau agama yang tidak baik sekalipun, jika dibawa oleh orang yang baik, agama itu tetap nampak baik. Sekiranya agama yang baik dan benar, tetapi dibawa oleh orang yang tidak baik, agama itu pasti nampak buruk, fikirnya.

     'Mungkin sebab itulah Islam tersebar luas ke pelosok dunia. Mungkin secara kebetulan orang yang bawa Islam itu baik sehingga agama ini nampak baik,' bisik hati Dr. Donald.

     "Soalan ini berlanjutan daripada soalan tadi. Kenapa Nabi berkahwin sehingga sembilan orang dalam satu-satu masa, sedangkan Islam hanya mengehadkan empat isteri sahaja untuk setiap lelaki. Saya rasa dalam al-Quran juga ada menyebut tentang empat orang isteri. Ini cakap tak serupa bikin, disuruh lain dan dibuat lain. Minta maaf kalau saya sebut, memiliki sembilan orang isteri tidak ubah seperti kuat nafsu," ujar Dr. Donald.

Dr. Ahmad Zabidi menunjukkan wajah yang tenang. Tidak ada riak wajah yang penuh emosi tatkala mendengar soalan berbentuk cercaan kepada Nabi Muhammad SAW. Dia sedar dalam situasi tersebut dia perlu menjawab dengan tenang dan profesional. Jawapan berbentuk emosi akan memberi natijah yang buruk kepada dirinya dan juga kepada orang yang bertanya.

     "Nabi Muhammad SAW berpoligami bukan kerana kuat nafsu. Tetapi untuk kepentingan politik dan dakwah Islam semata-mata. Nabi Muhammad SAW menggunakan apa sahaja strategi yang sesuai untuk menyebarkan Islam, itulah tugas utamanya. Saya yakin tuan telah mengkaji serba sedikit tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW. Boleh tuan jelaskan satu persatu nama isterinya?" jawab Dr. Ahmad Zabidi.

     "Err... saya tidaklah ingat kesemuanya. Kalau beberapa orang saya boleh sebut," ujar Dr. Donald.

     "Sebutkan," Dr. Ahmad Zabidi mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen untuk mencatat nama-nama yang akan disebut oleh Dr. Donald.

     "Isteri pertama ialah Khadijah. Kemudian yang lain ialah Aisyah, Ummu Salamah, Hafsah, erm..." Dr. Donald sedang memerah otaknya.

     "Lagi?" pinta Dr. Ahmad Zabidi.

     "Juwairiah dan Maimunah. Itu sahaja yang saya ingat," ujar Dr. Donald.

Dr. Ahmad Zabidi mencatat satu persatu nama-nama yang disebut oleh rakannya tadi.

     "Ini sudah terlalu bagus. Tahniah tuan. Kebanyakan orang Islam sendiri tidak mampu ingat sebanyak ini. Untuk pengetahuan tuan, daripada 11 orang, hanya dua orang sahaja yang berumur 36 dan ke bawah. Nama-nama yang lain ialah Mariah, Safiah, Saudah, Zainab dan Ummu Habibah," ujar Dr. Ahmad Zabidi sambil mencatat nama-nama yang disebutnya.

     "Bagi membuktikan Nabi Muhammad SAW bukan seorang yang kuat nafsu, kita ambil contoh isteri yang pertama. Umur Muhammad semasa mereka berkahwin ialah 25 tahun dan Khadijah ialah 40 tahun. Walaupun ada pertikaian tentang umurnya, tetapi yang pasti dia lebih tua daripada Muhammad, 15 tahun Khadijah lebih tua," ujar Dr. Ahmad Zabidi sambil menunjuk nama Khadijah dengan pen ditangannya.

     "Kalau seorang pemuda yang kuat nafsu, dia pilih wanita muda dan dara atau dia pilih seorang janda yang berumur untuk dikahwininya?" soal Dr. Ahmad Zabidi.

     "Tapi... ermm. Ya, saya setuju. Dia akan pilih yang muda," jawab Dr. Donald ragu-ragu. Dia tahu jawapannya akan menyebelahi hujah Dr. Ahmad Zabidi. Namun, sebagai seorang yang profesional, dia harus rasional dan jujur dengan ilmu.

     "Jadi bagi kes isteri pertama, Muhammad bukanlah seorang yang kuat nafsu kerana memilih seorang janda yang jauh lebih berusia," ujar Dr. Ahmad Zabidi.

     "Strateginya mungkin untuk membolot harta. Kemudian, dengan harta itu dia dapat mengumpan lebih ramai lagi gadis untuk berfoya-foya," tuduh Dr. Donald.

     "Itu cuma sangkaan, bukan fakta, betul?"

     "Err.. Mmmm".

     "Pada saat suami lain ketika itu suka mengumpul ramai isteri, Muhammad setia kepada Khadijahnya. Satu-satunya. Bahkan baginda langsung tidak menggauli hamba. Sangat setia," tambah Dr. Ahmad Zabidi.

     "Secara biologinya, usia muda dengan usia tua, manakah yang lebih kuat keinginan seks?" soal Dr. Ahmad Zabidi lagi.

     "Tentu sekali usia muda," Dr. Donald menjawab dengan pasrah sambil mengangkat kedua-dua bahunya.

Dia seolah-olah dapat membaca hujah seterusnya dari Dr. Ahmad Zabidi yang pastinya tidak akan menyebelahinya.

    "Muhammad berkahwin dan hidup tanpa berpoligami dengan Khadijah untuk tempoh 25 tahun. Cukup lama. Usia mudanya diluangkan untuk seorang isteri sahaja. Kalau dia seorang yang kuat nafsu, tentu sekali dia berusaha menambah bilangan isterinya seramai mungkin dalam usia yang masih muda. Dia hanya berpoligami semasa umurnya melewati 50 tahun, itupun setelah kematian Khadijah. Adakah ini kuat nafsu?" ujar Dr. Ahmad Zabidi.

Dr. Donald tidak mengiakan ataupun menidakkan. Dia hanya berdiam diri. Senjata ampuh yang sering digunanya mula dirobek sedikit demi sedikit oleh Dr. Ahmad Zabidi. Tidak ada cara lain, dia perlu mengkaji dan mencari hujah-hujah yang lain untuk berdialog dengan rakannya.

     "Di atas kertas ini ada 10 orang lagi isteri Muhammad. Tuan sebut sahaja mana-mana nama, saya akan jelaskan kenapa Muhammad berkahwin dengan mereka, kerana nafsu ataupun kerana politik dan dakwah Islam," ujar Dr. Ahmad Zabidi sambil menunjuk senarai nama isteri Nabi Muhammad SAW yang ditulis di atas kertas.

Dr. Donald mengambil kertas yang dihulur oleh Dr. Ahmad Zabidi. Dia memerhatikan satu persatu nama yang dicatat. Dia hanya tahu serba sedikit tentang kisah Khadijah dan Aisyah, selebihnya hanya ingat nama sahaja. Matanya bergerak dari senarai atas hingga ke bawah, kemudian ke atas semula.

     "Saudah," jari telunjuk kanannya menunjuk kepada nama di atas kertas tersebut.

     "Tuan kenal siapa Saudah?" tanya Dr. Ahmad Zabidi.

Dia merenung wajah rakannya. Dr. Donald hanya menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak.

     "Saudah juga seorang janda. Mengikut riwayat, Saudah merupakan wanita tua, uzur dan gemuk ketika menjadi isteri Muhammad. Bahkan dia sudah mempunyai beberapa orang anak semasa berkahwin dengan Muhammad. Adakah ini mengikut hawa nafsu?" terang Dr. Ahmad Zabidi.

Dr. Donald tidak menjawab soalan Dr. Ahmad Zabidi. Dia tahu itu bukan soalan, tetapi ia adalah satu hujah. Matanya terus bergerak untuk mencari isteri Nabi yang lain.

     "Bagaimana dengan Juwairiah?" Dr. Donald menunjuk nama Juwairiah di atas kertas dengan jari telunjuknya.

Belum sempat Dr. Ahmad Zabidi menjelaskan, Dr. Donald terlebih dahulu mencelah. Dia tahu serba sedikit mengenai kisah isteri Nabi itu.

     "Juwairiah ini seorang wanita yang jelita. Dia menjadi tawanan orang Islam setelah kaumnya tewas dalam perang. Selepas itu, dia berjumpa dengan Muhammad untuk mengadu nasibnya. Muhammad telah terpesona dengan kejelitaannya lalu menawarkan diri untuk mengahwininya."

     "Kisah Juwairiah ditawan itu memang betul. Tetapi tujuan Nabi Muhammad mengahwininya bukan semata-mata jatuh cinta terhadap kecantikannya. Tetapi kerana strategi politik. Tahukah tuan apa impak perkahwinan tersebut?" soal Dr. Ahmad Zabidi.

Dr. Donald tidak menjawab. Dia hanya menunggu rakannya menjawab sendiri soalan tersebut.

     "Impaknya ialah banyak kaumnya memeluk agama Islam selepas itu. Ada yang menyebut seratus orang dan ada yang menyebut puluhan orang. Isteri Nabi yang bernama Aisyah menyebut, "Aku tidak pernah mengetahui seorang wanita yang lebih berkah dari kaumnya melainkan Juwairiah." Apa akan jadi sekiranya dia tidak menjadi isteri Nabi dan kaumnya tidak memeluk Islam?" kata Dr. Ahmad Zabidi sambil mengajukan lagi soalan kepada Dr. Donald.

Dr. Donald hanya mengangkat bahunya sambil menjuihkan bibirnya. Dia seolah-olah tidak mahu berfikir lagi. Dia hanya menunggu Dr. Ahmad Zabidi menjawab soalannya sendiri seperti tadi.

     "Mereka pasti akan balas dendam. Mereka boleh mengumpulkan semula kekuatan dan mengganggu keamanan penduduk Madinah. Mereka juga boleh bergabung dengan kaum lain dan berpotensi untuk memberi ancaman besar kepada Islam di Madinah. Jadi, perkahwinan tersebut atas strategi politik atau nafsu semata-mata? Satu lagi, jumlah yang masuk Islam ketika itu cukup penting untuk strategi dakwah Islam," ujar Dr. Ahmad Zabidi.

Dr. Donald sekali lagi melihat senarai nama isteri Nabi di atas kertas yang dipegangnya. Dia ingin mencuba untuk kali terakhir. Matanya bergerak dari atas dan ke bawah beberapa kali pada senarai nama tersebut. Terdetik di hatinya, jika dia memilih lagi salah satu nama isteri Muhammad, tentu dia akan mendapat jawapan yang sama. Tajuk ini tidak menguntungkannya.

     "Soalan yang terakhir, kenapa Nabi tuan berkahwin sehingga sembilan isteri dalam satu-satu masa? Sedangkan dalam masa yang sama ajaran agama Islam mengehadkan sehingga empat sahaja?"

     "Tuan perlu tahu poligami dalam Islam bukan bertujuan untuk menambah bilangan isteri, tetapi untuk mengehadkan. Jumlah isteri masyarakat arab terlalu ramai ketika itu. Perintah mengenai had maksima poligami diturunkan setelah Nabi Muhammad telah pun berkahwin dengan isteri-isterinya. Selepas itu Nabi Muhammad diharamkan menceraikan isteri-isteri sehingga tinggal empat orang sahaja. Ia demi kemaslahatan para isteri Nabi. Nabi pula tidak menambah jumlah isteri selepas perintah itu. Ini khusus untuk Nabi Muhammad sahaja," jawab Dr. Ahmad Zabidi.

Dr. Donald mengangguk sedikit kepalanya. Jawapan yang diberikan memuaskan hatinya. Hajatnya untuk menguak selebar mungkin kelemahan dalam Islam, tetapi dia menemui banyak jawapan kepada putar belit yang dimainkan oleh pihak yang tidak suka kepada ajaran Islam, termasuk dirinya.




~ Tuhan Lebih Saintifik ~
      Dr. Farhan Hadi

Monday, 6 January 2014

Jugde someone?


Assalamualaikum semua :)

     Orang kata, Don't judge a book by its cover :)
Ada orang lain kata, Kita kena tengok luaran, itu yang melambangkan dalaman.

Okay. Kalau kita tengok kat sini ada dua pendapat. Satu kata jangan menilai dari sudut luaran sahaja. Satu lagi kata tengok luaran untuk melihat dalaman.

Pendapat yang mana satu yang anda semua akan pilih?
Sila jawab untuk diri sendiri.

Kalau Afie diberi pilihan untuk memilih , Afie akan pilih dua-dua pendapat ni. Dua-dua boleh diterima. Dan dua-dua tak salah. Sebenarnya dua-dua pendapat ni kita kena pegang. Luaran pun tengok, dalaman pun kena tengok. Luaran and dalaman tu adalah dua perkara yang memang berbeza, tapi dua-dua harus diberi penekanan.
   
     Okay, mesti ada yang tak faham. Kat sini, yang Afie maksudkan ialah menilai diri 'seseorang' manusia. Contoh..  Kadang-kadang ada orang yang tak pakai tudung, then dia dipandang sebagai seorang yang sangat jahat di mata orang yang pakai tudung ni. Ini contohlah tau. Memang orang kata "kalau dia tak pakai tudung, itu dah cukup untuk melambangkan dia tu seorang yang tidak baik". Ya, Afie sendiri sokong kata-kata tu. Afie tak menafikan. It is true, right? Tapi siapa kita nak menghukum orang tu tak baik kalau dia tak pakai tudung sekalipun? Kita ni tuhan ke? Kita pun manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. So, jangan judge dia tu seolah-olah dia tu terukkk sangat! Doakan je la semoga Allah bagi hidayah dekat dia :) Jangan cakap apa-apa walaupun dekat dalam hati. Doa je dengan penuh keikhlasan.

     Contoh kedua, seorang hafiz al-quran pun tidak boleh dinilai dari segi luaran sahaja. Ia tidak melambangkan apa-apa. Yang penting ialah apa yang ada di dalam hati dia. Sejauh mana keikhlasan dia menghafaz ayat-ayat Allah tu. Sejauh mana dia mengamalkan apa yang dihafalnya. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Pokok tu sangat tidak berguna, kerana tidak boleh dimanfaatkan. Sangatlah rugi jika kita tergolong dalam golongan ni. Afie bukan kata orang yang hafal al-quran ni tak boleh dipercayai, tapi kita semua tak tahu 'apa' yang ada dalam orang tu. Allah je yang akan nilai. Tak semestinya orang yang hafal al-quran ni semuanya hafal ikhlas kerana Allah. Kadang-kadang ada je yang kena paksa. Tapi Afie betul-betul tabik spring la dekat uolls yang buat benda tu memang ikhlas semata-mata kerana Allah. Insyaallah, Allah mesti bagi ganjaran. Ameen. Kalau yang pernah rasa kena paksa tu, cuba betulkan niat, ikhlaskan hati. Insyaallah penghafalan tu mudah je :)

     So, kita sebagai manusia biasa yang sangat hina ni janganla nak memandai-mandai cakap orang ni baik la, teruk la, jahat la, cantik la, and even soleh sekalipunn. Kita ni tahu ke dia soleh ke tak?? Baik ke tak? Jahat ke tak? Or whatever la. Sebab... semua tu kerja Allah. Biar Allah yang aturkan. Kita buat je tugas kita sebagai khalifah seikhlasnya :)

Ingatan buat diri ni jugak yang selalu lupa~



Harap dapat dimanfaatkan. Hanya contengan pendapat. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau dengan yang sudah mati. Jika ada pendapat, cadangan, kritikan atau sesuatau yang ingin dikongsi, sila tinggalkan di ruangan komen :p


Peace :) No war!




Thursday, 2 January 2014

Qarin, Pendamping Setiap Manusia



     Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

     Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Firman Allah:

“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

     Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

     “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

     Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata:

“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

     “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

     Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

     Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.