Saturday, 18 January 2014
Pria
Sedang asyik ku membuat kerja-kerja harianku di hadapan sinki dapur, tiba-tiba satu suara menyapaku dari belakang...
"Boleh aku tanya sesuatu?" tanya pria itu.
"Hmm"
"Apa yang akan kamu buat kalau ada seseorang sukakan kamu?" tanya pria itu, lembut.
Aku diam seketika untuk memikirkan jawapan kepada soalan tadi. Pria itu setia menunggu jawapanku.
"....... Er.. Hmm.. buat bodoh je la, kot....." jawabku, ragu-ragu. "Kenapa kamu tanya ya?? Siapa yang sukakan kamu??" tanya ku, sekadar mengisi kekosongan antara kami.
"Ada aku cakap seseorang sukakan aku ke?" jawabnya dengan segaris senyuman. Ikhlas :)
"Oh"
Lima minit berlalu. Pria itu masih di situ. Pria itu seperti menunggu sesuatu. Dia menunggu siapa agaknya? Aku kah? Eh, tak mungkin.
"Apa ciri-ciri lelaki idaman kamu?" Satu soalan menerpa telingaku.
"Kenapa kamu nak tahu?"
"Saja", jawabnya ringkas.
"Mestilah nak yang baik, bertanggungjawab, penyayang, tak merokok, ......."
Sedang ku khusyuk berkata-kata, pria itu memotong laju....
"Bukan itu yang aku maksudkan. Yang kamu sebutkan itu, semua perempuan inginkan yang seperti itu. Maksud aku, apa syarat-syarat yang akan kamu letakkan kepada seseorang yang ingin menyunting kamu suatu hari nanti?" soalnya dengan yakin dan mengharapkan jawapan yang pasti daripadaku.
Ah? Soalan apakah ini? Syarat-syarat? Aku tidak punyai syarat yang kutetapkan untuk sesiapa yang ingin menyuntingku suatu hari nanti. Apa yang harus kujawab kepadanya? Ya Allah..
"Er.. saya tidak tahu"..
"Eh. Tak mungkin. Pasti ada syarat yang kamu tetapkan. Takkan begitu mudah untuk mendapatkan kamu".
Jawab pria itu, selamba.
"Mmm. Kalau kamu?" Soalku, penuh minat.
Pria itu berdiri sambil berjalan menghampiriku.. lalu berkata... "Kalau aku, aku nak yang boleh menerima segala teguran dan nasihat aku.. Cukuplah itu.. Kalau tak pandai masak pun takpe, nanti boleh masak sama-sama dekat dapur.. Kan sweet"
Bagus betul pria ini. Jarang ditemui. Senyuman terukir diwajahku tanpaku sedar.
"Eh. Kamu masih belum menjawab soalan aku tadi". Soalnya dengan penuh harapan.
"Selain segala nilai-nilai murni yang sudah kusebut tadi, aku nak lelaki yang.... er.. dapat menerima segala kekurangan diri aku, mungkin", jawabku. Kali ini kurang yakin.
"Lagi? Takkan itu saja" balasnya, tidak berpuas hati dengan jawapanku.
"Habis tu kamu nak aku jawab apa? Itu jawapanku setakat ini. Aku tidak ada jawapan lain. Atau aku rasa aku yang harus mempersiapkan diri aku sebaiknya untuk disunting nanti".
"Maksud kamu apa? Mempersiapkan diri kamu? Aku tak faham. Cuba terangkan".
"Mmm.. ye la.. aku harus membuat persiapan untuk menjadi isteri. Aku harus tingkatkan tahap kesabaran aku, aku harus berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik kepada suami aku nanti. Aku harus pandai membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Aku harus ada strategi dan cara yang berkesan untuk mendidik anak-anak aku nanti. Insyaallah, kalau ada rezeki dan kalau ada jodoh la".
"Memanglah, tapi kamu nak suami yang macammana?"
"Yang itu.. aku tidak tahu. Aku tak pernah fikirkan aku nak suami yang macammana. Aku selama ini hanya memikirkan persiapan aku saja. Yang hadir itu nanti aku hanya berserah kepada Allah sahaja. Allah yang Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untukku".
"Habis tu, kalau yang datang kepada kamu nanti seorang yang ala kadar sahaja agamanya, adakah kamu akan terima hanya dengan berserah saja? Mesti kamu dah tetapkan syarat kepadanya, mungkin kamu akan menyuruhnya memperbaiki akhlak dan agamanya.. atau mungkin kamu akan terus menolaknya. Kamu mesti sudah ada prinsip. Kamu faham tak soalan aku sebenarnya?"
"Aa.. aku faham.. tapi aku masih tak dapat nak menjawab soalan itu, kerana mungkin aku masih belum memikirkannya. Aku minta maaf, buat masa ni aku memang tak ada jawapan untuk soalan kamu itu. Mungkin suatu hari nanti aku akan menjawabnya dengan yakin. Apabila sudah tiba waktunya".
"Ah. Tidak mungkin. Mustahil. Tak sangka ada juga perempuan macam ni".
Itulah kata-katanya yang terakhir sebelum meninggalkanku sendirian di dapur. Aku terkedu. Terkejut. Hilang kata-kata. Namun, ku tabahkan jua hati ini untuk meneruskan kehidupan.
Pria itu.... memang aneh.
Namun, dia masih seperti dulu.
Masih keras dengan soalan-soalannya.
Soalan-soalannya yang sentiasa menghantui malam-malamku.
Tetapi..
kali ini... ada kelainan pada wajahnya.
Kelihatan lebih bercahaya daripada selalu.
Ada sinar keimanan pada akhlaknya.
Dan juga budinya..
Aku juga dapat lihat usahanya untuk berubah kearah kebaikan.
Dan... dia jugalah....
pria harapan ku..
pria harapan bangsa..
pria harapan agama-Mu..
Insyaallah :)
Akan ku doakan selalu :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment