Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Thursday, 17 April 2014

Sabar pun ada limit?

Assalamualaikum semua :)

Tajuk entry kali ni is about "Feelings" or Perasaan. Heheh. Apakah yang saya maksudkan??

Hmmm seperti yang kita semua sedia maklum, manusia memang mempunyai perasaan. Ada gembira, sedihhh, duka, lara, menderita, seronok, bahagia and so on.

Tapi kali ni saya nak menekankan tentang perasaan manusia yang lebih kepada 'sad' atau sedihhh dan perasaan yang sewaktu dengannya. Hah.. Boleh faham kann.

Okay, apabila manusia dilanda perasaan sedihhh ni, actually benda ni mesti ada punca. Tak kisahlah apa pun punca dia, tapi mesti dia akan mencari seseorang atau sesuatu atau apape la asal kan dia dapat menangis sepuas-puasnya untuk melegakan perasaan melanda dia.

Kalau kaum ADAM tu tak sure la pulak macammana korang menenangkan jiwa korang yang sedihhh tu. Tapi lebih kepada kaum HAWA, mesti nak mengadu kat someone contoh macam kawan ke parents ke or tak pun menangis sorang-sorang dalam bilik kunci pintu.

Okay actually punca masalah yang menimpa kita tadi datangnya dari Allah. Allah yang bagi kita ujian. And sebenarnya dengan ujian tu, Allah nak dengar rintihan kita, aduan kita, munajat kita. Tu maksudnya Allah rindu kita. Allah nak kita kembali kepada Allah, mengadu pada Allah. Dan jalan penyelesaiannya pun Allah dah sediakan sebab Allah yang bagi ujian tu, and kita sepatutnya mintak tolong daripada Allah. Bukan manusia.



Berbalik kepada masalah tadi, boleh dikatakan majoriti manusia bila ada masalah, mesti stress sangat sangat sangat dan tak dapat berfikir dengan waras. Tu yang ada sampai sanggup bunuh diri dengan pelbagai cara. Terjun bangunan la kelar nadi la letak kepala dekat pintu lif la and macam macam lagi cara yang mengerikan. Huh. Tak sayang diri dah ke?? 



Allah jadi kan kita hidup atas muka bumi Allah ni maknanya kita diberi amanah dan tanggungjawab. Sebagai khalifah dan ahli Ibadah. Dan actually tubuh badan yang Allah kurniakan kepada kita ni pun amanah tau. Sebab tu kena jaga elok-elok, molek-molek. Kalau seharian kita tak mandi contohnya, itu pun dah dikira zalim terhadap diri sendiri, zalim terhadap nikmat Allah, inikan pulak sampai bunuh diri bagai.. Hah.. Betul takk?



So, walau apape pun masalah kita, seberat mana pun ujian kita, kuncinya ialah kesabaran. Kerana jika kamu ingin mengecap kebahagiaan yang abadi, maka hendaklah kamu bersabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar. 



Jadi, kuatkanlah hati tu, mohon daripada Allah pinjamkan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian tu. Mintak lah dengan penuh rendah diri dan yakin sebagai seorang hamba. Allah pun telah berfirman, berdoalah kepada ku, nescaya akan ku perkenankan kepadamu.



As a penutup, saya juga sebagai seorang manusia memahami, sampai bila kita nak bersabar?? Hmm. Cuba kita ingat balik, macammana Nabi Muhammad SAW bersabar?? Sabar Nabi ada limit tak? Jadi kalau rasa tahap sabar tu dah nak habis, ingat Nabi. Nabi Muhammad SAW kan idola semua umat Islam. Jadi, sama-sama kita cuba untuk contohi sifat mulia Nabi. Okay??

*Allahumma solli ala muhammad *

Hope bermanfaat :)



No comments:

Post a Comment