Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Tuesday, 28 October 2014

Budaya Couple di Malaysia


M 46 : Budaya Couple Di Malaysia

Melangkah ke alam universiti, teman yang dulu sama-sama tidak pernah bercouple akhirnya bercouple juga. Saya ingat lagi kata-kata teman baik saya apabila saya bertanya, “seronok ke couple ni?” Dia menjawab, “tak best pun, buat tambah dosa adalah.”

Pelik juga saya mendengar kerana di zaman sekolah dulu kami pernah sama-sama menyimpan angan-angan untuk bercouple. Apabila dia yang terlebih dahulu bercouple, saya menganggap yang dia sudah terlebih dahulu matang daripada saya. Teman baik saya yang pernah menyatakan ‘tak best pun couple, buat tambah dosa aja’- kini dialah yang paling galak bercouple. Selepas putus dengan seorang dia menyambung hubungan dengan seorang lagi. Dia sendiri mengaku yang dia tidak boleh ‘single.’ Alasan diberi setiap kali saya menegur, dia perlukan seseorang yang sentiasa ada setiap masa untuk mendengar ceritanya sehari-hari, dia perlukan telefon yang sentiasa berbunyi 24 jam (sindrome ketika bercinta), dia perlukan teman yang setia menemaninya ke sana ke mari. Jika itu semua tiada, hidupnya terasa kosong.

Kadang kala kasihan pula saya melihat dia sibuk mengejar cinta lelaki-lelaki ini. Sudahlah masa terbuang, wang ringgit juga turut terkorban dengan aktiviti ‘dating.’ Itu belum lagi termasuk
beberapa siri ‘heartbroken’ apabila beberapa kali dia dikecewakan cinta lelaki. Bagi saya, Allah telah memberikan petunjuk kepada teman saya sejak awal lagi dengan mengurniakan rasa ‘bersalah apabila bercouple.’ Tetapi apabila dia tidak mengendahkan rasa itu, akhirnya rasa itu akan lenyap dan pada akhirnya dia menjadi seperti seorang penagih yang ketagih pada perhatian lelaki yang bergelar kekasih. Kini, saya mula berfikir alangkah baiknya saya mempunyai sifat malu yang sangat tinggi pada jantina berlainan (sifat itu masih kekal hingga kini). Ketika orang lain bangga bercouple, saya bangga menyatakan saya tidak pernah bercouple, malah saya tiada kawan lelaki, hanya kenalan lelaki saja. Jika dulu saya rasa sifat malu ini adalah kelamahan saya, kini saya tahu itu adalah kekuatan saya. Syukur tidak terhingga saya panjatkan kerana Allah mengurniakan sifat malu sebagai perisai diri saya.

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari)

Kita sering mendengar di barat, mereka yang tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum 
berkahwin dianggap kolot. Seks bagi mereka adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan
tidak kira sama ada di dalam lingkaran perkahwinan atau tidak. Kita di Malaysia pula, sesiapa yang tidak pernah bercouple dikatakan kolot. Couple bagi kita adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan untuk mengenali seseorang sebelum berkahwin. Bagi remaja yang belum terfikirpun untuk berkahwin, couple adalah untuk memenuhi naluri yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi oleh jantina berlainan tidak kira sama ada di dalam lingkaran perkahwinan atau tidak.

Dalam hati saya terdetik apakah kita satu langkah ke belakang saja sebelum menjadi seperti mereka di barat? Apabila couple tidak lagi dianggap satu kesalahan, mungkinkah suatu hari nanti seks sebelum berkahwin juga akan dianggap sesuatu yang lumrah bagi kita di sini? Jangan menganggap sesuatu perkara itu betul hanya kerana orang di sekeliling kita melakukannya, kerana cerita di televisyen memaparkannya, kerana novel-novel cinta mengungkapkannya, kerana orang-orang yang kita sanjung melakukannya, kerana ibu bapa membenarkannya. KPI kita bukan manusia tetapi ALLAH swt. Kejar cinta Alllah dahulu sebelum kita mengejar cinta manusia. Isikan hati yang kosong dengan Allah, nescaya Allah tidak akan pernah mengecewakan kita berbanding dengan manusia yang serba lemah.

Semoga Allah terus memperteguhkan hati saya dan hati mereka-mereka yang tidak pernah
bercopule untuk terus menjaga diri, menjaga hati sebelum sampai jodoh yang telah ditetapkanNya. Semoga mereka yang masih lagi leka dengan dunia couple mendapat hidayah untuk berhenti melakukan perkara yang kita rasakan dapat mengeratkan hubungan kita dengan kekasih hati kita (keluar berdua-dua setiap hari, berbual di telefon setiap malam, berjanji bulan dan bintang, makan bersuap, jalan berpegangan), tetapi tanpa kita sedar semakin menjauhkan diri kita denganNya sedangkan kasih Ilahi lah kasih yang paling utama.

Oleh: fazila
Rujukan : Harian Islam.com
cp

Wednesday, 8 October 2014

STUDY VS FACEBOOK





ASSALAMUALAIKUM dan apa khabar semua!

          Harini kita akan berbicara tentang perkara yang cukup menarik lagi famous..iaitu Facebook! Haaaa Facebook ni semua orang ada. Budak kecik pun ada, mak budak lagi la ada. Dan yang menakutan, Facebook sekarang ni dah jadi satu ketagihan! That's why la saya rasa terpanggil untuk share some tips laa macammana nak arrange masa elok-elok untuk belajar dan untuk bersosial secara maya. Bukan nak menggalakkan, tapi actually kalau nak disuruh berhenti memang tak boleh, kannn? Jadi cara ni just nak membantu untuk menjinakkan ketagihan anda dan satu hari nanti insyaAllah anda boleh berhenti daripada membuang masa di Facebook and so on.



PRINSIP 1

Facebook bukan syarat sebelum belajar, tapi sebagai ganjaran selepas belajar.
     Maknanya, Facebook ni hanya wajar digunakan apabila anda dah selesai belajar. Jadikan ia as a reward atau gift laa konon konon bila anda dah selesai menelaah pelajaran. Ramai pelajar nowadays yang salah susun strategi. Diorang jadikan Facebook ni as a pemanas enjin sebelum diorang belajar. Kononnya untuk naikkan semangat study laaaa tapi hakikatnya habis je berFacebook, minda pun dah penat, fokus dah hilang and semangat pun lagilah luntur. Finally, Facebook yang diorang kata jadi pembantu, akhirnya jadi pembantut!




PRINSIP 2

Facebook 1/2 jam = 2 jam anda belajar
     If anda memang seriously nak berFacebook, and at the same time nak jugak lulus cemerlang gemilang dan terbilang dalam pelajaran, just make a promise la dengan diri sendiri yang setiap 2 jam anda study, anda just layak untuk berFacebook for half an hour. Selagi tak cukup kouta tu, janganlah sesekali anda mendekatkan diri dengan Facebook. Sebabnya, dikhuatiri nanti anda akan dilanda tsunami study. Jadi, kalau sejam baru puas nak berFacebook, studylahh selama empat jam. Senang kann?




PRINSIP 3

Facebook untuk berbincang dan berdakwah, not for maksiat dan fitnah.
     One more thing yang penting yang perlu diambil kira adalah tujuan anda berFacebook. Ok maybe anda akan dapat benefits andai kata anda guna Facebook untuk berbincang dan mencari jawapan kepada persoalan yang membantu pemahaman anda about certain subject yang anda belajar. And Facebook ni jugak akan menambah nilai hidup anda bila anda memanfaatkannya untuk berdakwah. Anda berkongsi perkara kebaikan and menyebarkan peringatan kepada rakan-rakan untuk avoid kemungkaran.
     Tapi akan jadi malang kalau anda guna Facebook just sekadar untuk something yang sia-sia, yang tak bagi benefits apa-apa. For example, mengumpat rakan, tulis comment berbaur lucah, sebar fitnah and gossip, baca comments yang mengarut yang tak bagi faedah langsung and so on. Nak jadi gagal macam diorang? Of course not, kannnn?



So, as a conlusion, Facebook ni actually just as an 'alat'. It can give benefits kalau untuk tujuan yang betul, dengan cara yang betul and pada masa yang betul. Facebook jugak boleh merosakkan bila kita lalai dan dilambung ombak kealpaan. 

     Seeloknya kita tidak terikat apatah lagi ketagih dengan Facebook. Kita semua have to kuat menangkis godaan nafsu dan agenda musuh Islam yang nak kita lalai dan alpa daripada menjadi seorang Muslim yang hebat. Maka, jadikan facebook tu alat untuk berdakwah, bukannya punca segala musibahh. T.T




Anas bin Malik r.a. berkata : Seseorang tidak akan sampai  kepada darjat ilmu yang dia inginkan sehingga dia bersusah dahulu dan mementingkan ilmu daripada urusan yang lainnya.