ASSALAMUALAIKUM dan apa khabar semua!
Harini kita akan berbicara tentang perkara yang cukup menarik lagi famous..iaitu Facebook! Haaaa Facebook ni semua orang ada. Budak kecik pun ada, mak budak lagi la ada. Dan yang menakutan, Facebook sekarang ni dah jadi satu ketagihan! That's why la saya rasa terpanggil untuk share some tips laa macammana nak arrange masa elok-elok untuk belajar dan untuk bersosial secara maya. Bukan nak menggalakkan, tapi actually kalau nak disuruh berhenti memang tak boleh, kannn? Jadi cara ni just nak membantu untuk menjinakkan ketagihan anda dan satu hari nanti insyaAllah anda boleh berhenti daripada membuang masa di Facebook and so on.
PRINSIP 1
Facebook bukan syarat sebelum belajar, tapi sebagai ganjaran selepas belajar.
Maknanya, Facebook ni hanya wajar digunakan apabila anda dah selesai belajar. Jadikan ia as a reward atau gift laa konon konon bila anda dah selesai menelaah pelajaran. Ramai pelajar nowadays yang salah susun strategi. Diorang jadikan Facebook ni as a pemanas enjin sebelum diorang belajar. Kononnya untuk naikkan semangat study laaaa tapi hakikatnya habis je berFacebook, minda pun dah penat, fokus dah hilang and semangat pun lagilah luntur. Finally, Facebook yang diorang kata jadi pembantu, akhirnya jadi pembantut!
Facebook 1/2 jam = 2 jam anda belajar
If anda memang seriously nak berFacebook, and at the same time nak jugak lulus cemerlang gemilang dan terbilang dalam pelajaran, just make a promise la dengan diri sendiri yang setiap 2 jam anda study, anda just layak untuk berFacebook for half an hour. Selagi tak cukup kouta tu, janganlah sesekali anda mendekatkan diri dengan Facebook. Sebabnya, dikhuatiri nanti anda akan dilanda tsunami study. Jadi, kalau sejam baru puas nak berFacebook, studylahh selama empat jam. Senang kann?
PRINSIP 3
Facebook untuk berbincang dan berdakwah, not for maksiat dan fitnah.
One more thing yang penting yang perlu diambil kira adalah tujuan anda berFacebook. Ok maybe anda akan dapat benefits andai kata anda guna Facebook untuk berbincang dan mencari jawapan kepada persoalan yang membantu pemahaman anda about certain subject yang anda belajar. And Facebook ni jugak akan menambah nilai hidup anda bila anda memanfaatkannya untuk berdakwah. Anda berkongsi perkara kebaikan and menyebarkan peringatan kepada rakan-rakan untuk avoid kemungkaran.
Tapi akan jadi malang kalau anda guna Facebook just sekadar untuk something yang sia-sia, yang tak bagi benefits apa-apa. For example, mengumpat rakan, tulis comment berbaur lucah, sebar fitnah and gossip, baca comments yang mengarut yang tak bagi faedah langsung and so on. Nak jadi gagal macam diorang? Of course not, kannnn?
So, as a conlusion, Facebook ni actually just as an 'alat'. It can give benefits kalau untuk tujuan yang betul, dengan cara yang betul and pada masa yang betul. Facebook jugak boleh merosakkan bila kita lalai dan dilambung ombak kealpaan.
Seeloknya kita tidak terikat apatah lagi ketagih dengan Facebook. Kita semua have to kuat menangkis godaan nafsu dan agenda musuh Islam yang nak kita lalai dan alpa daripada menjadi seorang Muslim yang hebat. Maka, jadikan facebook tu alat untuk berdakwah, bukannya punca segala musibahh. T.T
Anas bin Malik r.a. berkata : Seseorang tidak akan sampai kepada darjat ilmu yang dia inginkan sehingga dia bersusah dahulu dan mementingkan ilmu daripada urusan yang lainnya.



No comments:
Post a Comment