Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Friday, 28 December 2012

Imam Ahmad

Hmm , Assalamualaikum semua ~

Hari tu aku ada tanya something dekat seorang senior aku . Actually , it's about . . . . . . . hmmm , tak tau nak cakap macam mana . Takpe la , biar aku cerita apa yang disampaikan oleh senior tu je la ye .

Senior tu bagi aku satu kisah . Cerita ni mengenai Imam Ahmad .

Suatu hari , Imam Ahmad didatangi seorang bapa yang mempunyai seorang anak perempuan . Anak perempuannya itu sering didatangi gangguan jin . Kebetulan pada waktu tu , Imam Ahmad ada membuka sebuah pusat pengajian . Jadi beliau sibuk dan mempunyai ramai anak murid . Kemudian , beliau hanya berpesan kepada bapa itu tadi supaya membawa pulang selipar yang beliau gunakan . Dengan izin Allah , jin tadi tidak lagi mengganggu anak perempuan bapa itu sehinggalah suatu hari Imam Ahmad meninggal dunia . Kemudian , bapa itu membawa anak perempuannya berjumpa dengan anak murid Imam Ahmad . Anak murid Imam Ahmad teringat yang suatu hari dulu Imam Ahmad hanya pernah menyuruh bapa itu membawa pulang selipar . Jadi , bapa itu tadi pun membawa pulang selipar itu . Dengan takdir Allah , jin tetap mengganggu anak perempuan itu .  .  Haaa , kenapa ??

Apabila ditanya pada jin , jin itu menyatakan bahawa dia hanya takut pada Imam Ahmad kerana beliau adalah seorang yang Taqi (sangat bertaqwa) . Sedangkan jin itu tidak takut pada anak murid Imam Ahmad kerana anak murid Imam Ahmad belum lagi mencapai tahap ketaqwaan seperti Imam Ahamd . Anak murid Imam Ahmad fikir mereka sudah bertaqwa , padahal ukuran tahap ketaqwaan mereka hanya Allah yang tahu .

Sama macam kita , kita ni umat Nabi Muhammad . Nabi Muhammad merupakan nabi yang paling Allah sayang . Tapi tak semestinya kita pun dapat jadi hamba Allah yang paling Allah sayang :) Jadi , sebab tu kita diuji . Dengan ujian je Allah dapat ukur tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya . Kalau kita rasa sedih sebab kematian orang yang kita sayang , Nabi Muhammad lagi sedih sebab kehilangan isterinya Khadijah dan datuknya pada tahun yang sama .


Kalau kita rasa terluka , Nabi Muhammad lagi terluka sebab Nabi suapkan seorang Yahudi buta sedangkan kemudian Yahudi tu berpesan jangan dekati penyihir bernama Muhammad . Kalau kita rasa ditindas , Nabi Muhammad dilontar dengan batu semasa di Taif . Kemudian , Malaikat Jibril minta izin pada Nabi untuk turunkan bala , tapi Nabi kata jangan . Nabi just berdoa supaya penduduk Taif menjadi hamba Allah yang beriman .

Kemudian , doa Nabi tu tidak terus diangkat oleh Allah . Hanya selepas 50 tahun , barulah penduduk Taif menjadi hamba Allah yang beriman :) Dari kisah ni kita dapat simpulkan bahawa doa seorang Nabi pun Allah tahan hingga berpuluh-puluh tahun lamanya , inikan pula doa kita seorang pendosa :)

Hmmm , apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah bukan terlalu risaukan masa depan , tetapi sentiasa berusaha untuk menjadi kuat dan dekat dengan kebaikan :)


Dan senior tu jugak ada bagi aku satu doa . Dia suruh aku amalkan ayat 29 Surah Al Mukminun . Doa ni untuk kita mohon kepada Allah supaya letakkan kita ditempat yang betul dan sentiasa di atas jalan kebaikan . Moga-moga segala apa yang kita lalui di atas muka bumi ini sentiasa dinaungi rahmat dan dilindungi Nya . . . .      
Ameeenn . . . .








Wednesday, 28 November 2012

Tahukah anda?

ANOREKSIA DAN BULIMIA

Awas jika anda penderita anoreksia atau bulimia . Adakah anda pernah mengalaminya ?

Anoreksia
          Gangguan makanan umumnya ketara berlaku pada remaja dan golongan wanita yang terlalu fanatik terhadap tubuh langsing . Anoreksia adalah usaha menguruskan badan dengan melakukan kawalan secara  ketat ke atas makanan yang diambil .
          Penderita anoreksia sedar bahawa mereka lapar , namun takut untuk memenuhi keperluan tersebut kerana bimbang badan akan gemuk . Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada saat untuk mengambil sejumlah makanan dalam kuantiti yang kecil sekalipun . Sehingga sampai pada satu tahap mereka malas untuk makan semata - mata kerana takut gemuk .

Bulimia
          Bagi penghidap bulimia , tujuan mereka adalah sama untuk mendapatkan badan yang langsing tanpa disedari menyeksa tubuh sendiri . Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai . Mereka akan makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka , tetapi kemudiannya mereka akan memuntahkan kembali apa yang dimakan .
          Mereka berpendapat badan langsing tetap dapat dipertahankan tanpa menahan keinginan mereka untuk makan . Jika seseorang terus-menerus memuntahkan makanan yang diambil , ia akan mengganggu fungsi tubuh untuk mendapatkan tenaga .


MENGAPA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU?

          Ketika melewati usia remaja , khususnya remaja perempuan , anda begitu peka dengan perubahan bentuk badan . Berlaku perubahan fisiologi pada tubuh kadangkala membuatkan anda risau .
          Pertambahan jumlah lemak sehingga anda mudah gemuk apabila banyak mengambil makanan yang berkalori tinggi . Anda berpendapat apabila mengambil sekeping coklat sekalipun akan menyebabkan berat badan anda bertambah .

Anda akan mengalami masalah secara psikologi dan fizikal seperti :

  • Kehilangan selera makan sehingga tidak mahu makan . Luka pada bahagian saluran pemakan akibat sering memuntahkan makanan . Lemah dan tidak bertenaga serta gangguan mentruasi .
  • Perasaan rendah diri , sensitif , mudah tersinggung dan marah . Hilang minat untuk berdepan dengan orang ramai . Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya . Depresi (sedih berterusan)


JANGAN MENYEKAT SELERA MAKAN ANDA !

          Anda telah memusatkan fikiran anda bahawa makanan ini tidak boleh , makanan itu boleh menyebabkan kegemukan dan sebagainya . Apatah lagi apabila melihat badan orang lain lebih langsing , anda sudah menilai bahawa mereka juga menyekat makanan tertentu .
          Remaja yang mengalami gangguan makanan di atas memiliki masalah dengan imej dirinya .


Tahukah anda . . . .
PENDERITA ANOREKSIA DAN BULIMIA AKAN CUBA MENURUNKAN BERAT BADAN ANTARA 25 HINGGA 50 PERATUS BERAT BADAN MEREKA

Saturday, 24 November 2012

A journey~

Assalamualaikum . .
Hmm . . Ni saja nak share my happiness . Hari tu I baru balik dari Terengganu !! Tapi actually takde la best sangat . I rasa biasa je sebabnya I dah pernah pegi waktu cuti bulan tiga dulu . . with my family . . Tapi yang baru2 ni I pegi with my friends lah . . Rombongan sekolah la katakan . . Yela I ni kan budak sekolah lagi .
   
          Ok . Honestly I nak cakap rombongan tu menjadi sangat best sebab I jalan dengan my friends yang gila2 , lawak , otai , selamba , and deme jalan kat Ganu tu macam la Ganu tu mak bapak atuk deme punya je . . Yang paling membuatkan I rasa bangga ialah kitorang je yang sempat sampai kat satu tempat yang ala2 I-City macam dekat Shah Alam tu . Tapi kalau kat Ganu ni orang panggil ICT je (Ikan Celup Tepung) . Kalau nak diikutkan hati memanglah ICT tu tak special sangat . Tempat tu taklah se'menarik' and se'best' I-City kat Shah Alam tu . Tapi . . entahlah . . bila kita je yang sempat sampai kat situ mestilah ada rasa bangga kan . . tak banyak pon sikit mesti ada . . haha . . . Dan actually malam tu kitorang 'hampir' tertinggal bas . Punyalah penat kitorang marathon kat tengah2 pekan Ganu tu untuk menuju ke tempat yang bas kitorang parking . . sempat tengok bola lagi tu . Kat Ganu ni ada tv besar kat tepi jalan . Memang berderetlah orang kat sepanjang jalan tu . Masa kitorang tengok tu Malaysia 1 and Bangladesh masih lagi 0 . hehe . Pengalaman yang memang tak boleh dilupakan . Waktu kelam kabut tu I sempatlah jugak snap gambar2 ni . . .



Kat sini lah tempat yang dinamakan ICT tu .




          Malam tu memang kitorang semua tak boleh berhenti gelak . Seriusly I say memang susah sangat nak berhenti . tapi tak pe itu pengalaman baru  bagi I . Sebenarnya banyak lagi benda yang nak diceritakan . Itu I belum lagi cerita pasal kitorang kat tepi pantai , pasal my camera jatuh (sedih gile !! tergamam tak tau nak cakap apa dah ! speechless terus !!!!) , pasal kerenah anak2 cikgu gee , pasal belut hidup , pasal TTI , pasal berapa banyak duit yang kitorang pokai and actually banyak lagi !! To all my friends yang seiring and sejalan dengan I waktu kita semua kat Ganu tu , I rasa sangat sangat sangat sangat beruntung + happy + proud + seronok + bangga because I ada friends like you all semua . Thanks a lot :) Cewahh .
Ok . That's all .

~ my friend , http://peminatlaksa.blog.com/2012/11/13/into-to-me/ kirim salam kat you all semua !! ~


Sunday, 11 November 2012

qwertyuiop!

qwertyuiop !! Bosannye . . Tak tau nk buat ape . . Tak tau nak update ape . . I have no idea !! Then . . menganga je lah . Maklumlah cuti dah mula . Nanti pejam celik pejam celik . . dah abih cuti . Tak sedar pon masa tu berjalan dengan pantas sekali . Thn dpn I exam . . Jadi waktu cuti ni kena pulun study habiskan chapter f4 . Permudahkanlah Ya Allah . Kpd rakan2 yg di luar sane gunekanlah waktu cuti ni dgn sebaiknya !!! Buatlah bnde2 yg berfaedah , . . tolong mak masak kat dapur ke . . tolong ayah basuh kereta ke . . or buatlah apa2 yang you all nak buat asalkan benda tu bermanfaat . Jgn duk mengadap lappy je 24 jam . . Sedar sikit mase tu kan emas . . . . . .  mm , tak pe la  
anyway . . selamat bercuti and have a nice holiday with your family !   

jadi jugak

Alhamdulillah . . jadi jugak blog ni . . hope dapat lah guna untuk ISLAM . .


~ tak tau nak tulih ape ~