Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Wednesday, 28 November 2012

Tahukah anda?

ANOREKSIA DAN BULIMIA

Awas jika anda penderita anoreksia atau bulimia . Adakah anda pernah mengalaminya ?

Anoreksia
          Gangguan makanan umumnya ketara berlaku pada remaja dan golongan wanita yang terlalu fanatik terhadap tubuh langsing . Anoreksia adalah usaha menguruskan badan dengan melakukan kawalan secara  ketat ke atas makanan yang diambil .
          Penderita anoreksia sedar bahawa mereka lapar , namun takut untuk memenuhi keperluan tersebut kerana bimbang badan akan gemuk . Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada saat untuk mengambil sejumlah makanan dalam kuantiti yang kecil sekalipun . Sehingga sampai pada satu tahap mereka malas untuk makan semata - mata kerana takut gemuk .

Bulimia
          Bagi penghidap bulimia , tujuan mereka adalah sama untuk mendapatkan badan yang langsing tanpa disedari menyeksa tubuh sendiri . Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai . Mereka akan makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka , tetapi kemudiannya mereka akan memuntahkan kembali apa yang dimakan .
          Mereka berpendapat badan langsing tetap dapat dipertahankan tanpa menahan keinginan mereka untuk makan . Jika seseorang terus-menerus memuntahkan makanan yang diambil , ia akan mengganggu fungsi tubuh untuk mendapatkan tenaga .


MENGAPA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU?

          Ketika melewati usia remaja , khususnya remaja perempuan , anda begitu peka dengan perubahan bentuk badan . Berlaku perubahan fisiologi pada tubuh kadangkala membuatkan anda risau .
          Pertambahan jumlah lemak sehingga anda mudah gemuk apabila banyak mengambil makanan yang berkalori tinggi . Anda berpendapat apabila mengambil sekeping coklat sekalipun akan menyebabkan berat badan anda bertambah .

Anda akan mengalami masalah secara psikologi dan fizikal seperti :

  • Kehilangan selera makan sehingga tidak mahu makan . Luka pada bahagian saluran pemakan akibat sering memuntahkan makanan . Lemah dan tidak bertenaga serta gangguan mentruasi .
  • Perasaan rendah diri , sensitif , mudah tersinggung dan marah . Hilang minat untuk berdepan dengan orang ramai . Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya . Depresi (sedih berterusan)


JANGAN MENYEKAT SELERA MAKAN ANDA !

          Anda telah memusatkan fikiran anda bahawa makanan ini tidak boleh , makanan itu boleh menyebabkan kegemukan dan sebagainya . Apatah lagi apabila melihat badan orang lain lebih langsing , anda sudah menilai bahawa mereka juga menyekat makanan tertentu .
          Remaja yang mengalami gangguan makanan di atas memiliki masalah dengan imej dirinya .


Tahukah anda . . . .
PENDERITA ANOREKSIA DAN BULIMIA AKAN CUBA MENURUNKAN BERAT BADAN ANTARA 25 HINGGA 50 PERATUS BERAT BADAN MEREKA

2 comments:

  1. aku xde la menyeksa diri... hahahahahha
    misi untuk sihat lebih baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. nah! aku amik dari blog Iman
      -Eat less than what you do now
      -Exercise more and pick up an activity that you love
      -Eat more vegetables than fruit
      -Eat very little junk food
      -Have a light, early dinner
      -Drink water.Your body needs liquid for metabolism.
      selamat mencuba dan semoga berjaya!!
      good luck!!

      Delete