Awas jika anda penderita anoreksia atau bulimia . Adakah anda pernah mengalaminya ?
Anoreksia
Gangguan makanan umumnya ketara berlaku pada remaja dan golongan wanita yang terlalu fanatik terhadap tubuh langsing . Anoreksia adalah usaha menguruskan badan dengan melakukan kawalan secara ketat ke atas makanan yang diambil .
Penderita anoreksia sedar bahawa mereka lapar , namun takut untuk memenuhi keperluan tersebut kerana bimbang badan akan gemuk . Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada saat untuk mengambil sejumlah makanan dalam kuantiti yang kecil sekalipun . Sehingga sampai pada satu tahap mereka malas untuk makan semata - mata kerana takut gemuk .
Bulimia
Bagi penghidap bulimia , tujuan mereka adalah sama untuk mendapatkan badan yang langsing tanpa disedari menyeksa tubuh sendiri . Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai . Mereka akan makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka , tetapi kemudiannya mereka akan memuntahkan kembali apa yang dimakan .
Mereka berpendapat badan langsing tetap dapat dipertahankan tanpa menahan keinginan mereka untuk makan . Jika seseorang terus-menerus memuntahkan makanan yang diambil , ia akan mengganggu fungsi tubuh untuk mendapatkan tenaga .
MENGAPA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU?
Ketika melewati usia remaja , khususnya remaja perempuan , anda begitu peka dengan perubahan bentuk badan . Berlaku perubahan fisiologi pada tubuh kadangkala membuatkan anda risau .
Pertambahan jumlah lemak sehingga anda mudah gemuk apabila banyak mengambil makanan yang berkalori tinggi . Anda berpendapat apabila mengambil sekeping coklat sekalipun akan menyebabkan berat badan anda bertambah .
Anda akan mengalami masalah secara psikologi dan fizikal seperti :
- Kehilangan selera makan sehingga tidak mahu makan . Luka pada bahagian saluran pemakan akibat sering memuntahkan makanan . Lemah dan tidak bertenaga serta gangguan mentruasi .
- Perasaan rendah diri , sensitif , mudah tersinggung dan marah . Hilang minat untuk berdepan dengan orang ramai . Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya . Depresi (sedih berterusan)
JANGAN MENYEKAT SELERA MAKAN ANDA !
Anda telah memusatkan fikiran anda bahawa makanan ini tidak boleh , makanan itu boleh menyebabkan kegemukan dan sebagainya . Apatah lagi apabila melihat badan orang lain lebih langsing , anda sudah menilai bahawa mereka juga menyekat makanan tertentu .
Remaja yang mengalami gangguan makanan di atas memiliki masalah dengan imej dirinya .
Tahukah anda . . . .
PENDERITA ANOREKSIA DAN BULIMIA AKAN CUBA MENURUNKAN BERAT BADAN ANTARA 25 HINGGA 50 PERATUS BERAT BADAN MEREKA
aku xde la menyeksa diri... hahahahahha
ReplyDeletemisi untuk sihat lebih baik?
hahaha.. nah! aku amik dari blog Iman
Delete-Eat less than what you do now
-Exercise more and pick up an activity that you love
-Eat more vegetables than fruit
-Eat very little junk food
-Have a light, early dinner
-Drink water.Your body needs liquid for metabolism.
selamat mencuba dan semoga berjaya!!
good luck!!