Hari tu aku ada tanya something dekat seorang senior aku . Actually , it's about . . . . . . . hmmm , tak tau nak cakap macam mana . Takpe la , biar aku cerita apa yang disampaikan oleh senior tu je la ye .
Senior tu bagi aku satu kisah . Cerita ni mengenai Imam Ahmad .
Suatu hari , Imam Ahmad didatangi seorang bapa yang mempunyai seorang anak perempuan . Anak perempuannya itu sering didatangi gangguan jin . Kebetulan pada waktu tu , Imam Ahmad ada membuka sebuah pusat pengajian . Jadi beliau sibuk dan mempunyai ramai anak murid . Kemudian , beliau hanya berpesan kepada bapa itu tadi supaya membawa pulang selipar yang beliau gunakan . Dengan izin Allah , jin tadi tidak lagi mengganggu anak perempuan bapa itu sehinggalah suatu hari Imam Ahmad meninggal dunia . Kemudian , bapa itu membawa anak perempuannya berjumpa dengan anak murid Imam Ahmad . Anak murid Imam Ahmad teringat yang suatu hari dulu Imam Ahmad hanya pernah menyuruh bapa itu membawa pulang selipar . Jadi , bapa itu tadi pun membawa pulang selipar itu . Dengan takdir Allah , jin tetap mengganggu anak perempuan itu . . Haaa , kenapa ??
Apabila ditanya pada jin , jin itu menyatakan bahawa dia hanya takut pada Imam Ahmad kerana beliau adalah seorang yang Taqi (sangat bertaqwa) . Sedangkan jin itu tidak takut pada anak murid Imam Ahmad kerana anak murid Imam Ahmad belum lagi mencapai tahap ketaqwaan seperti Imam Ahamd . Anak murid Imam Ahmad fikir mereka sudah bertaqwa , padahal ukuran tahap ketaqwaan mereka hanya Allah yang tahu .
Sama macam kita , kita ni umat Nabi Muhammad . Nabi Muhammad merupakan nabi yang paling Allah sayang . Tapi tak semestinya kita pun dapat jadi hamba Allah yang paling Allah sayang :) Jadi , sebab tu kita diuji . Dengan ujian je Allah dapat ukur tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya . Kalau kita rasa sedih sebab kematian orang yang kita sayang , Nabi Muhammad lagi sedih sebab kehilangan isterinya Khadijah dan datuknya pada tahun yang sama .
Kalau kita rasa terluka , Nabi Muhammad lagi terluka sebab Nabi suapkan seorang Yahudi buta sedangkan kemudian Yahudi tu berpesan jangan dekati penyihir bernama Muhammad . Kalau kita rasa ditindas , Nabi Muhammad dilontar dengan batu semasa di Taif . Kemudian , Malaikat Jibril minta izin pada Nabi untuk turunkan bala , tapi Nabi kata jangan . Nabi just berdoa supaya penduduk Taif menjadi hamba Allah yang beriman .
Kemudian , doa Nabi tu tidak terus diangkat oleh Allah . Hanya selepas 50 tahun , barulah penduduk Taif menjadi hamba Allah yang beriman :) Dari kisah ni kita dapat simpulkan bahawa doa seorang Nabi pun Allah tahan hingga berpuluh-puluh tahun lamanya , inikan pula doa kita seorang pendosa :)
Hmmm , apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah bukan terlalu risaukan masa depan , tetapi sentiasa berusaha untuk menjadi kuat dan dekat dengan kebaikan :)
Dan senior tu jugak ada bagi aku satu doa . Dia suruh aku amalkan ayat 29 Surah Al Mukminun . Doa ni untuk kita mohon kepada Allah supaya letakkan kita ditempat yang betul dan sentiasa di atas jalan kebaikan . Moga-moga segala apa yang kita lalui di atas muka bumi ini sentiasa dinaungi rahmat dan dilindungi Nya . . . .
Ameeenn . . . .

.jpg)
nice.. teruskan lagi... i like it.. sgt byk manfat...
ReplyDeletekita ni manusia mmg xpernah sempurna.. jadi sama2 la kita saling mengingati :) mujahadah itu perit kerana cinta Allah itu manis!!
Delete