Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Wednesday, 29 April 2015

Tips interview IPG kos PPC Pengajian Islam

Ok assalamualaikum semua. First sekali nak wish tahniah kepada korang2 yang berjaya dapat tawaran pegi interview untuk jadi cikgu. Seriously bukan senang nak dapat tawaran ni. Ye la sebelum dapat tawaran ni kan ada UKCG la bagai. So kira hebat la korang yang lepas UKCG tu. Ok entry kali ni aku just nak share pengalaman aku pegi interiview IPG. Kos aku kos Pengajian Islam PPC. Ok ready?

First sekali dia akan tayangkan satu video. Aku dpt video lagu guru malaysia. Then dari video tu, dia akan tanya soalan. Actually byk la jugak soalan yg dia tanya. First dia tanya apa yg kamu dpt kupas mengenai video tu? Pastu bahagian mana yg ditunjukkan dlm video tu yg kamu rasa tersentuh? Pastu, kalau ditmptkan di luar bandar, apa pndpt kamu? Pastu apa cabaran yg dihadapi oleh guru2 di luar bndr. Macammana nak menghadapi situasi di sana jika kamu ditempatkan di luar bandar. And ada lagi laa soalan dia yang aku dah tak ingat, tapi semuanya about guru la. Mungkin kalau dapat video pasal bahasa rojak, mungkin soalan dia pun mengenai bahasa rojak. Ada yang dapat video pasal iklan2 dalam tv. So maybe soalan dia pasal iklan and so on. Point yang aku nak highlight kat sini, soalan tu berkaitan dengan video yang ditayangkan. Ok faham kann? Kat sini dia nak nilai idea kita and make sure hujah yang kita keluarkan tu mantap dan hebat. Kalau nak lagi power, selitkan hadith2 atau ayat2 al-quran. Pastu, dia tak akan panggil sesiapa pun untuk mula dulu sbb biasanya dia akan tanya sape yang volunteer nak start dulu. So kat sini, kalau korang nak markah lebih, try la start dulu bagi jawapan. *^▁^*

Second, dia bg satu topik, waktu tu aku dapat pasal permasalahan ajaran sesat di Malaysia semakin berleluasa. Pastu soalan dia, sebutkan ciri2 ajaran sesat yg kamu tahu. Apakah senjata atau perisai yg dpt melindungi diri kita dari terjebak dgn ajaran sesat? Pastu apa nth lagi..tak ingat dah. Tapi jangan risau, inshaallah senang je soalan dia. Kalau korang takde idea or point yang lain dari kawan2, just ulang point diorang and elaborate la lain sikit. Asalkan bercakap! And suara make sure jelas dan lantang.

Last sekali, kalau kos aku, dia nak nilai kemahiran berbahasa arab. Waktu tu dia suruh semua orang berpidato, tajuk boleh pilih sendiri sukati laa. Pastu cakap la macam berpidato. Dalam bahasa arab. Bila dia kata stop, stop la. Haaa bahagian ni aku sarankan korang buatlah preparation. Sediakan satu teks yg senang2 je kot2 la dia suruh bercakap bahasa arab pulak kannn. Takde la tergagap gagap macam aku ni ha. Tajuk pun tak kisah, pilih la tajuk yg senang. Cth macam kepentingan bhsa arab ke faedah berpuasa ke and etc. Pastu waktu ni, korang cakap hentam je yang penting kena yakin. Kadang2 diorang tak perasan pun penggunaan nahu sorof korang tu salah ke apa ke. Diorang nak tengok kelancaran, kefasihan and keyakinan diri je sebenarnya.

Ok itu cerita kat bilik interview. And bagi kos BAHASA ARAB, PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN MUZIK and apa ntah kos lagi satu tu akan ada ujian amali.

Yg amali tu pulak, dia ada 2 bahagian.

First, dia suruh ngaji potongan ayat alquran. Yang ni ngaji je macam biasa. Make sure bacaan tu berdasarkan tajwid yang betul. Jangan baca laju sangat. Just relax and cool. After that, dia akan sebut satu ayat bahasa melayu pastu korang kena jawikan. Dia sebut satu ayat je. Ada la dlm 5 perkataan.

Second, dia tanya soalan asas2 agama. Soalan yang aku kena sebutkan 5 nama malaikat dan tugas2 mrk. Sebutkan rasul2 ululazmi. Perbezaan solat jumaat n solat raya. Syarat2 solat jamak. Rukun2 nikah. Dia suruh baca doa qunut. Pastu apa nth lagi dah xingat dahh. After that dia bagi sekeping gambar, buat satu ayat yg ada 8 perkataan berdasarkan gambar tu. Aku dapat gambar sebuah rumah. Buatla ayat apape pun dia bukan kisah. hehe. Pastu baca petikan bahasa arab yg tak berbaris. Yang ni kena baca dengan nahu yang betul la ye. Tu je laaaa. Dah habiss! Ok good luck. Buat betul2 ye.


No comments:

Post a Comment