Safely arrived at Teluk Intan from Nakhon Si Thammarat, Thailand. Alhamdulillah. Sungguh, boleh kunukilkan sebagai satu pengalaman yang amat bermakna sepanjang berada di sana.
Syukur kerana diberi kesempatan dapat mengenali mereka, walau terkadang terasa hati bila ada yang mengantuk dalam kelas, ada yang buat homework lain waktu sedang mengajar, ada yang asyik keluar ke tandas dan bermacam-macam lagi ragam yang biasa dialami oleh setiap jiwa yang bergelar guru di atas muka bumi ini.
Namun, sepanjang dua minggu berada di bumi itu, walau tempoh itu tidak lama, walau tidak sempat untuk aku memahirkan diri dengan bahasa mereka, walau tidak aku ingat nama-nama mereka satu persatu, namun sudah cukup untuk memberi aku impak yang besar kerana pengalaman itu tidak dapat dibeli dengan wang bernilai ringgit mahupun baht.
Hati ini sungguh rasa tersentuh apabila ada yang sentiasa tidak kekok untuk menyapa apabila berselisih di jalan, sentiasa ada yang menegur apabila kumenuturkan bahasa mereka dengan sebutan yang salah, ada yang sentiasa menunjukkan respon yang sangat baik ketika di dalam kelas, ada yang sudi berkongsi cerita dan ada yang sangat menghargai dan menyayangi diri ini. Kob khun ka!
Semoga jadi anak didik cikgu yang solehah. Jumpa lagi kalau Allah izin. Cikgu pasti akan rindu kalian. Siapa kata cikgu tak sayang? ∩__∩
"Cikgu, cikgu suai!"



No comments:
Post a Comment