Lama dah menyepi. Akhirnya ada jugak ilham yang ingin dikongsikan bersama. :)
Okey kita tengok hadith kat bawah ni.
Semua daripada kita dah tahu, bahawa, setiap amalan yang kita laksanakan perlu disertakan dengan niat. Pernah ada orang tanya, "Kalau kita tak niat apa-apa kira tak dapat apa-apa ke?" And the answer is .. "Yes. Tak dapat apa-apa. Penat je kita buat. Tak dapat apa-apa. That's why kena selitkan niat".
Niat yang dimaksudkan kat sini ialah mestilah niat yang baik. Tak kisah nak niat apa-apa pun, asalkan niat tu baik. Allah kira.
Tapi kali ni, nak share sesuatu pasal pegadang niat. Haaa apa tu?
Pedagang niat is, kita buat sesuatu perkara, tapi niat kita banyak. Dari situ kita dapat kutip banyak pahala based on niat kita tu. Saya bagi satu contoh, kita nak baca buku Fizik sebab katakanlah esok ada exam. Okey dari situ, dari satu perbuatan tu, kita list kan niat-niat kita, make it jadi banyak.
Ok contoh :-
- Nak penuhi kewajipan sebagai seorang muslim. Allah suruh kita cari seberapa banyak ilmu kat dunia ni. Salah satu caranya ialah membaca buku.
- Untuk lulus exam. Bila lulus exam, dapat gembirakan mak, ayah, cikgu, sekolah, dan sebagainya. Secara tak langsung, dapat jadi salah seorang muslim yang menyumbang dalam ilmu sains kat negara.
- Untuk jadi contoh teladan kat adik-adik. Sebagai anak sulung dalam keluarga, adik-adik memang akan jadikan kita idola dan ikon untuk dicontohi. Jadi tunjukkanlah contoh teladan yang baik buat adik-adik. Salah satu cara ialah membaca buku.
- Untuk ini masa lapang. Bayangkan, kalau kita tak baca buku tu, masa kita tu akan kita habiskan masa kita dengan apa? Mesti perkara yang tak berfaedah kan. FB la Wechat la Whatsapp la Instagram la dan banyak lagi.
- Untuk jadi rujukan kawan-kawan. Bila kita baca buku, kita akan dapat kefahaman. Dan dalam masa yang sama, kita dapat tolong kawan-kawan kita yang kurang faham. Dan secara tak langsung, kefahaman kita mengenai ilmu tu jugak akan bertambah. Percayalah.
- Untuk tambah ilmu pengetahuan.
- Untuk capai cita-cita. Baca buku Fizik tu adalah salah satu cara mencapai cita-cita tu.
- Untuk menaikkan Islam dan jadi salah seorang peyumbang di dalamnya. Islam perlukan penganutnya yang serba boleh dalam apa jua kemahiran. So, kita boleh sumbangkan kebolehan kita dalam ilmu Fizik.
Ni antara contoh-contoh niat yang boleh dikongsikan. Kalau kita boleh list sampai 20 hatta 100 niat sekalipun, Allah tetap akan kira sebagai pahala. Bayangkan kalau kita baca buku Fizik tu tadi hanya dengan satu niat iaitu nak lulus exam, satu pahala je yang tercatat untuk kita. Itu pun kalau ikhlas. Tapi bayangkan, kalau 100 niat kita selit dalam satu perbuatan, inshaallah Allah catat pahala tu untuk kita. Ni salah satu cara nak rebut pahala. Maklumlah, pahala dah la sikit, dah ada peluang untuk grab tapi taknak rebut. Rugilah.
Tak kira dalam apa jua perbuatan kita, boleh selitkan banyak niat. Itu lah yang dimaksudkan dengan pedagang niat. Contoh lain, masak kat dapur, kemas rumah, bersiap depan cermin, baca Quran, sembang dengan orang lain, buat kerja sekolah, melayari internet, dan apa-apa la perbuatan sekalipun. Semua kita boleh selitkan banyak niat. Niat-niat yang baik. Inshaallah semoga sama-sama amalkan dalam kehidupan. Harap bermanfaat!
اللهم صلي على محمد


No comments:
Post a Comment