Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Monday, 6 February 2017

Aku tak pandai berpujangga

Bermula hidup dengan angka dua ni jauh terasa bezanya. Dulu aku hidup untuk terus menambah kualiti diri, mencari pengalaman dan erti, dan berbakti untuk yang pernah memberi bakti. Tapi sekarang, aku rasa hidup ini untuk saling melengkapi, kerana hakikatnya manusia itu tidak sempurna jika sendiri. 

Kata orang, cinta itu ibarat kupu-kupu. Makin dikejar, makin ia terbang jauh. Makin dibiar, makin ia mengelilingi diri. Tapi bagi aku, cinta itu hanya ilusi. Tidak dapat diibaratkan seperti realiti. Kerana hakikat cinta itu sebenarnya hanya wujud di dalam hati. 

Ya, kata orang juga, cinta tak perlukan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar. Ia hanya perlukan hati. Dan begitulah realiti. Semua orang sanggup buat apa saja untuk cinta. Sebab itu kata orang, cinta itu buta. Yang buruk pun boleh jadi cantik, yang tak elok pun boleh jadi elok, hanya disebabkan cinta. Seolah-olah ianya sempurna, tiada cacat cela. Begitulah manusia. Terlalu memandang sempurnanya cinta manusia. Tapi terlupa, bahawa yang memberi cinta itu adalah Dia Yang Maha Pencinta.

Manusia boleh terus jatuh cinta dalam hitungan detik. Tapi perlukan waktu yang panjang untuk terus meneruskannya. Dan itu tidak mudah. Ya, kerana kita manusia. Hanya peminjam cinta.

Manusia.
Terlalu mengejar hebatnya cinta manusia, besarnya pengorbanan si dia, tapi terlupa perasaan itu hanya sedikit yang dilontarkan Dia di dalam hati manusia. 

Oleh itu, kalau jatuh cinta, mintalah pada yang pegang hatinya :') Raihlah cinta Sang Pemilik Cinta dahulu kerana sesungguhnya Dia akan memberimu cinta yang tiada tandingannya!

Percayalah :)

No comments:

Post a Comment