Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Saturday, 8 February 2014

Kesempurnaan



Suatu hari, aku bertanya kepada guru.



Aku : "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?"

Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang.. !"



Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan hampa.. Lalu guru bertanya....



Guru : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..???"

Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun, ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali ke belakang lagi..!"



Sambil tersenyum, guru berkata...



Guru : "Ya, itulah hidup. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati untuk menerima kekurangan."






• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.




"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita".





Monday, 3 February 2014

TuneTalk Tone Excel

   

     Salam hormat kepada anda semua. Di sini saya ingin menceritakan kepada anda tentang bagaimana mahu mendapat pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual kad sim.




Baiklah...

"AirAsia dah sukses, Tune Hotel pun dh maju, kini Tune Talk pula!"

Air Asia (Tune Air) adalah salah sebuah syarikat di bawah Tune Group. http://www.tunegroup.com/

Di dalam Tune Group, turut adanya pakar bidang perhotelan: Tune Hotel. http://www.tunehotels.com/

Di dalam Tune Group, turut adanya pakar bidang TELEKOMUNIKASI: TUNE TALK. http://www.tunetalk.com/my/

Berita baiknya - Satu-satunya ganjaran hebat telah diberikan oleh pemilik Tune Group ini dengan menawarkan TIKET PERCUMA Air Asia kepada pengguna Tunetalk.

     Bukan itu sahaja, insurans kemalangan bernilai RM100 ribu juga turut disertakan. Amatlah berbaloi dengan prepaid Tunetalk yang menggunakan platform Celcom ini. Kalau Celcom ok, Tunetalk pasti ok.

     Ramai juga yang belum tahu. Di samping tiket penerbangan Air Asia, kita juga boleh mendapatkan wang tunai daripada program affiliate/referral Tunetalk. Dan sememangya sudah terbukti. Sudah ramai yang menerima puluhan ribu ringgit dengan menjadi ahli affiliate TuneTalk-ToneExcel (TTTE). ToneExcel adalah syarikat yang menawarkan program affiliate ini.



Bagaimana cara mendapatkan wang tunai ini?


Pertama: Kita mesti dapatkan pakej starter pack TuneTalk berharga RM100 ini.

Simkad TTTE - RM80 (Tersedia RM30 topup)
Buku Panduan - RM10
Pengendalian dan pos - RM10


Kedua: Tiap - tiap bulan, kita hanya perlu membuat top-up sebanyak RM20 sahaja untuk layak menerima komisyen hasil memperkenalkan simkad TTTE ini kepada rakan-rakan kiita.

Tidak membebankan kan? Hanya topup telefon kita sendiri dan buat komisyen.

.

Contoh: Dalam program TTTE ini ada 3 level.

     Sesiapa yang anda perkenalkan, mereka akan berada di level pertama.
Abaikan level ke 2 dan ke 3 kerana hanya dengan fokus kepada level pertama, level ke 2 dan ke 3 anda akan bergerak dengan sendirinya. Cukup mudah.

Komisyen anda:
Level 1 - 6% dari nilai topup rakan anda,
Level 2 - 3% dari nilai topup rakan anda,
Level 3 - 11% dari nilai topup rakan anda,

Ok, ini konsepnya.

     Jika anda perkenalkan 30 orang sahaja. Mereka akan berada di level pertama. Maka sekiranya mereka topup setiap bulan sebanyak RM20 sahaja, bulan itu anda akan terima KOMISYEN RM36. Tanpa berbuat apa-apa. (30 orang x 6% x RM20 = RM36)

     Sekiranya 30 orang rakan anda tadi, perkenalkan pula kepada 30 orang lain sahaja. Di level kedua anda automatik menjadi 900 orang. Sekiranya mereka topup setiap bulan sebanyak RM20 sahaja, bulan itu anda akan terima KOMISYEN RM540. Tanpa berbuat apa-apa. (900 orang x 3% x RM20 = RM540)

     Sekiranya 900 orang tadi, perkenalkan pula kepada 30 orang lain sahaja. Di level ketiga anda automatik menjadi 27000 orang. Sekiranya mereka topup setiap bulan sebanyak RM20 sahaja, bulan itu anda akan terima KOMISYEN RM59,400. Tanpa berbuat apa-apa. (27000 orang x 11% x RM20 = RM59,400)

Ini adalah sifir atas kertas. Realitinya anda mungkin dapat lebih atau dapat kurang.

     Cara saya mudah. Setiap orang buat kerja masing-masing. Tak perlu nak fikir 900 orang dan 27,000 orang tu. Caranya hanya fokus kepada perkenalkan kepada 30 orang sahaja. Jika setiap orang masing-masing boleh perkenalkan 30 orang, sifir atas kertas itu akan muncul ke alam realiti.

Jelas?



Owh! Belum tamat. Jika plan diatas berjaya, maka jumlah keseluruhan komisyen anda setiap bulan adalah RM59,976 sahaja. (RM36 + RM540 + RM59,400)

     Hampir RM60,000 sebulan. Hanya bermula dengan modal RM100. Hanya fokus kepada perkenalkan kepada 30 orang sahaja. Pembayaran komisyen ini akan dibuat pada setiap 21hb terus ke akaun bank kita.

     Menambah nilai topup telefon adalah produk keperluan. Setiap orang pastinya akan topup telefon masing-masing tanpa perlu kita ingatkan. Mudah dan sangat efektif. Inilah pendapatan pasif yang dikatakan kerja sekali, pendapatan berkali-kali.

     Tak perlu lebih. Hanya fokus kepada 30 orang sahaja. Tak kisah berapa banyak masa anda mahu ambil untuk capai 30 orang ini. Setahun? Dua tahun? Dan selepas itu anda dah boleh pencen dengan RM60,000 tiap-tiap bulan masuk ke akaun bank anda...Ini peluang depan mata anda. JANGAN LEPASKAN !!!


Bahan-bahan yang anda perlukan:
01. Handphone / Telefon bimbit
02. SIMKAD Tune Talk Tone Excel


Cara-cara menghasilkan wang:
01. Kongsi tentang kelebihan simkad kepada orang lain dan daftarkan mereka.
02. Bila mereka daftar, anda DIBAYAR.
03. Bila mereka topup, anda juga DIBAYAR.
04. Bila mereka daftarkan orang lain, anda juga akan DIBAYAR.


     Ini antara 'peluang pendapatan' yang anda perlu faham. Tak susah untuk daftarkan rakan-rakan anda kerana modalnya hanya RM100 sahaja. Sekali seumur hidup. Untuk akses talian pula, di mana ada line celcom, maka disitulah Tune Talk mampu beraksi kerana Celcom mempunyai saham mereka di dalam Tune Talk ini.


INI PELUANG DEPAN MATA ANDA. JANGAN LEPASKAN !!!







Jika mahu daftar boleh hubungi saya :

Facebook : Nur Afiqah ... boleh pm saya kalau berminat..



Saturday, 18 January 2014

Pria



     Sedang asyik ku membuat kerja-kerja harianku di hadapan sinki dapur, tiba-tiba satu suara menyapaku dari belakang...

"Boleh aku tanya sesuatu?" tanya pria itu.

"Hmm"

"Apa yang akan kamu buat kalau ada seseorang sukakan kamu?" tanya pria itu, lembut.

Aku diam seketika untuk memikirkan jawapan kepada soalan tadi. Pria itu setia menunggu jawapanku.

"....... Er.. Hmm.. buat bodoh je la, kot....." jawabku, ragu-ragu. "Kenapa kamu tanya ya?? Siapa yang sukakan kamu??" tanya ku, sekadar mengisi kekosongan antara kami.

"Ada aku cakap seseorang sukakan aku ke?" jawabnya dengan segaris senyuman. Ikhlas :)

"Oh"

Lima minit berlalu. Pria itu masih di situ. Pria itu seperti menunggu sesuatu. Dia menunggu siapa agaknya? Aku kah? Eh, tak mungkin.

"Apa ciri-ciri lelaki idaman kamu?" Satu soalan menerpa telingaku.

"Kenapa kamu nak tahu?"

"Saja", jawabnya ringkas.

"Mestilah nak yang baik, bertanggungjawab, penyayang, tak merokok, ......."

Sedang ku khusyuk berkata-kata, pria itu memotong laju....

"Bukan itu yang aku maksudkan.  Yang kamu sebutkan itu, semua perempuan inginkan yang seperti itu. Maksud aku, apa syarat-syarat yang akan kamu letakkan kepada seseorang yang ingin menyunting kamu suatu hari nanti?" soalnya dengan yakin dan mengharapkan jawapan yang pasti daripadaku.

Ah? Soalan apakah ini? Syarat-syarat? Aku tidak punyai syarat yang kutetapkan untuk sesiapa yang ingin menyuntingku suatu hari nanti. Apa yang harus kujawab kepadanya? Ya Allah..

"Er.. saya tidak tahu"..

"Eh. Tak mungkin. Pasti ada syarat yang kamu tetapkan. Takkan begitu mudah untuk mendapatkan kamu".
Jawab pria itu, selamba.

"Mmm. Kalau kamu?" Soalku, penuh minat.

Pria itu berdiri sambil berjalan menghampiriku.. lalu berkata... "Kalau aku, aku nak yang boleh menerima segala teguran dan nasihat aku.. Cukuplah itu.. Kalau tak pandai masak pun takpe, nanti boleh masak sama-sama dekat dapur.. Kan sweet"

Bagus betul pria ini. Jarang ditemui. Senyuman terukir diwajahku tanpaku sedar.

"Eh. Kamu masih belum menjawab soalan aku tadi". Soalnya dengan penuh harapan.

"Selain segala nilai-nilai murni yang sudah kusebut tadi, aku nak lelaki yang.... er.. dapat menerima segala kekurangan diri aku, mungkin", jawabku. Kali ini kurang yakin.

"Lagi? Takkan itu saja" balasnya, tidak berpuas hati dengan jawapanku.

"Habis tu kamu nak aku jawab apa? Itu jawapanku setakat ini. Aku tidak ada jawapan lain. Atau aku rasa aku yang harus mempersiapkan diri aku sebaiknya untuk disunting nanti".

"Maksud kamu apa? Mempersiapkan diri kamu? Aku tak faham. Cuba terangkan".

"Mmm.. ye la.. aku harus membuat persiapan untuk menjadi isteri. Aku harus tingkatkan tahap kesabaran aku, aku harus berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik kepada suami aku nanti. Aku harus pandai membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Aku harus ada strategi dan cara yang berkesan untuk mendidik anak-anak aku nanti. Insyaallah, kalau ada rezeki dan kalau ada jodoh la".

"Memanglah, tapi kamu nak suami yang macammana?"

"Yang itu.. aku tidak tahu. Aku tak pernah fikirkan aku nak suami yang macammana. Aku selama ini hanya memikirkan persiapan aku saja. Yang hadir itu nanti aku hanya berserah kepada Allah sahaja. Allah yang Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untukku".

"Habis tu, kalau yang datang kepada kamu nanti seorang yang ala kadar sahaja agamanya, adakah kamu akan terima hanya dengan berserah saja? Mesti kamu dah tetapkan syarat kepadanya, mungkin kamu akan menyuruhnya memperbaiki akhlak dan agamanya.. atau mungkin kamu akan terus menolaknya. Kamu mesti sudah ada prinsip. Kamu faham tak soalan aku sebenarnya?"

"Aa.. aku faham.. tapi aku masih tak dapat nak menjawab soalan itu, kerana mungkin aku masih belum memikirkannya. Aku minta maaf, buat masa ni aku memang tak ada jawapan untuk soalan kamu itu. Mungkin suatu hari nanti aku akan menjawabnya dengan yakin. Apabila sudah tiba waktunya".

"Ah. Tidak mungkin. Mustahil. Tak sangka ada juga perempuan macam ni".

Itulah kata-katanya yang terakhir sebelum meninggalkanku sendirian di dapur. Aku terkedu. Terkejut. Hilang kata-kata. Namun, ku tabahkan jua hati ini untuk meneruskan kehidupan.

Pria itu.... memang aneh.
Namun, dia masih seperti dulu.
Masih keras dengan soalan-soalannya.
Soalan-soalannya yang sentiasa menghantui malam-malamku.

Tetapi..
kali ini... ada kelainan pada wajahnya.
Kelihatan lebih bercahaya daripada selalu.
Ada sinar keimanan pada akhlaknya.
Dan juga budinya..
Aku juga dapat lihat usahanya untuk berubah kearah kebaikan.

Dan... dia jugalah....

pria harapan ku..
pria harapan bangsa..
pria harapan agama-Mu..

Insyaallah :)


Akan ku doakan selalu :)