Pages

Serikandi Musafir

Serikandi Musafir

Thursday, 25 July 2013

Ramadhan Kareem !!

       

         Hari ni dah hari ke 17 kita semua melaksanakan ibadah puasa :) Maksudnya malam ni malam ke 18 Ramadhan.. Sedar tak sedar Ramadhan dah nak dekat habis dah. Macammana Ramadhan kita tahun ni?? Sama macam tahun lepas or ada penambahbaikan?? Hope Ramadhan kita semua ada peningkatan. Apatah lagi 10 malam terakhir dah nak tiba. Apa persiapan kita nak bertemu dengan Lailatul Qadar??
          Lailatul Qadar.. Ade orang kata malam ke 29. Ade yang kata malam ke 27. Ada juga yang kata malam yang ganjil dalam 10 malam terakhir. Apa-apa pon tak kisahlah bila malam tu tiba, yang penting kita semua mesti mencari malam tu. Semoga ada keberkatan daripada Allah..
          Sekarang ni kalau kita tengok dekat surau-surau or masjid-masjid dah tak penuh macam awal-awal puasa dulu. Maklumlah, Ramadhan dah separuh, bilangan orang kat masjid pon dah jadi separuh. Nak buat macammana, dah jadi lumrah masyarakat melayu kita.. Mula-mula je bersemangat. Tapi takpe la, yang penting niat kita ikhlas dalam melaksanakan ibadah :) Tak kisahlah apa-apa pon ibadah apa yang kita nak buat asalkan ibadah tu membawa kebaikan kepada orang lain ataupon diri kita sendiri :)
          Sama-sama la kita rebut pahala berlipat kali ganda dalam akhir-akhir Ramadhan ni. Wallahualam.




Tengok la video ni. Seronok! Mula-mula memang takut nak tengok, lepas tu rasa lebih bersemangat! Tapi video ni takde kaitan pon dengan Ramadhan.. Saja untuk hiburan dan bagi kesedaran :)






Friday, 28 December 2012

Imam Ahmad

Hmm , Assalamualaikum semua ~

Hari tu aku ada tanya something dekat seorang senior aku . Actually , it's about . . . . . . . hmmm , tak tau nak cakap macam mana . Takpe la , biar aku cerita apa yang disampaikan oleh senior tu je la ye .

Senior tu bagi aku satu kisah . Cerita ni mengenai Imam Ahmad .

Suatu hari , Imam Ahmad didatangi seorang bapa yang mempunyai seorang anak perempuan . Anak perempuannya itu sering didatangi gangguan jin . Kebetulan pada waktu tu , Imam Ahmad ada membuka sebuah pusat pengajian . Jadi beliau sibuk dan mempunyai ramai anak murid . Kemudian , beliau hanya berpesan kepada bapa itu tadi supaya membawa pulang selipar yang beliau gunakan . Dengan izin Allah , jin tadi tidak lagi mengganggu anak perempuan bapa itu sehinggalah suatu hari Imam Ahmad meninggal dunia . Kemudian , bapa itu membawa anak perempuannya berjumpa dengan anak murid Imam Ahmad . Anak murid Imam Ahmad teringat yang suatu hari dulu Imam Ahmad hanya pernah menyuruh bapa itu membawa pulang selipar . Jadi , bapa itu tadi pun membawa pulang selipar itu . Dengan takdir Allah , jin tetap mengganggu anak perempuan itu .  .  Haaa , kenapa ??

Apabila ditanya pada jin , jin itu menyatakan bahawa dia hanya takut pada Imam Ahmad kerana beliau adalah seorang yang Taqi (sangat bertaqwa) . Sedangkan jin itu tidak takut pada anak murid Imam Ahmad kerana anak murid Imam Ahmad belum lagi mencapai tahap ketaqwaan seperti Imam Ahamd . Anak murid Imam Ahmad fikir mereka sudah bertaqwa , padahal ukuran tahap ketaqwaan mereka hanya Allah yang tahu .

Sama macam kita , kita ni umat Nabi Muhammad . Nabi Muhammad merupakan nabi yang paling Allah sayang . Tapi tak semestinya kita pun dapat jadi hamba Allah yang paling Allah sayang :) Jadi , sebab tu kita diuji . Dengan ujian je Allah dapat ukur tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya . Kalau kita rasa sedih sebab kematian orang yang kita sayang , Nabi Muhammad lagi sedih sebab kehilangan isterinya Khadijah dan datuknya pada tahun yang sama .


Kalau kita rasa terluka , Nabi Muhammad lagi terluka sebab Nabi suapkan seorang Yahudi buta sedangkan kemudian Yahudi tu berpesan jangan dekati penyihir bernama Muhammad . Kalau kita rasa ditindas , Nabi Muhammad dilontar dengan batu semasa di Taif . Kemudian , Malaikat Jibril minta izin pada Nabi untuk turunkan bala , tapi Nabi kata jangan . Nabi just berdoa supaya penduduk Taif menjadi hamba Allah yang beriman .

Kemudian , doa Nabi tu tidak terus diangkat oleh Allah . Hanya selepas 50 tahun , barulah penduduk Taif menjadi hamba Allah yang beriman :) Dari kisah ni kita dapat simpulkan bahawa doa seorang Nabi pun Allah tahan hingga berpuluh-puluh tahun lamanya , inikan pula doa kita seorang pendosa :)

Hmmm , apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah bukan terlalu risaukan masa depan , tetapi sentiasa berusaha untuk menjadi kuat dan dekat dengan kebaikan :)


Dan senior tu jugak ada bagi aku satu doa . Dia suruh aku amalkan ayat 29 Surah Al Mukminun . Doa ni untuk kita mohon kepada Allah supaya letakkan kita ditempat yang betul dan sentiasa di atas jalan kebaikan . Moga-moga segala apa yang kita lalui di atas muka bumi ini sentiasa dinaungi rahmat dan dilindungi Nya . . . .      
Ameeenn . . . .








Wednesday, 28 November 2012

Tahukah anda?

ANOREKSIA DAN BULIMIA

Awas jika anda penderita anoreksia atau bulimia . Adakah anda pernah mengalaminya ?

Anoreksia
          Gangguan makanan umumnya ketara berlaku pada remaja dan golongan wanita yang terlalu fanatik terhadap tubuh langsing . Anoreksia adalah usaha menguruskan badan dengan melakukan kawalan secara  ketat ke atas makanan yang diambil .
          Penderita anoreksia sedar bahawa mereka lapar , namun takut untuk memenuhi keperluan tersebut kerana bimbang badan akan gemuk . Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada saat untuk mengambil sejumlah makanan dalam kuantiti yang kecil sekalipun . Sehingga sampai pada satu tahap mereka malas untuk makan semata - mata kerana takut gemuk .

Bulimia
          Bagi penghidap bulimia , tujuan mereka adalah sama untuk mendapatkan badan yang langsing tanpa disedari menyeksa tubuh sendiri . Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai . Mereka akan makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka , tetapi kemudiannya mereka akan memuntahkan kembali apa yang dimakan .
          Mereka berpendapat badan langsing tetap dapat dipertahankan tanpa menahan keinginan mereka untuk makan . Jika seseorang terus-menerus memuntahkan makanan yang diambil , ia akan mengganggu fungsi tubuh untuk mendapatkan tenaga .


MENGAPA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU?

          Ketika melewati usia remaja , khususnya remaja perempuan , anda begitu peka dengan perubahan bentuk badan . Berlaku perubahan fisiologi pada tubuh kadangkala membuatkan anda risau .
          Pertambahan jumlah lemak sehingga anda mudah gemuk apabila banyak mengambil makanan yang berkalori tinggi . Anda berpendapat apabila mengambil sekeping coklat sekalipun akan menyebabkan berat badan anda bertambah .

Anda akan mengalami masalah secara psikologi dan fizikal seperti :

  • Kehilangan selera makan sehingga tidak mahu makan . Luka pada bahagian saluran pemakan akibat sering memuntahkan makanan . Lemah dan tidak bertenaga serta gangguan mentruasi .
  • Perasaan rendah diri , sensitif , mudah tersinggung dan marah . Hilang minat untuk berdepan dengan orang ramai . Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya . Depresi (sedih berterusan)


JANGAN MENYEKAT SELERA MAKAN ANDA !

          Anda telah memusatkan fikiran anda bahawa makanan ini tidak boleh , makanan itu boleh menyebabkan kegemukan dan sebagainya . Apatah lagi apabila melihat badan orang lain lebih langsing , anda sudah menilai bahawa mereka juga menyekat makanan tertentu .
          Remaja yang mengalami gangguan makanan di atas memiliki masalah dengan imej dirinya .


Tahukah anda . . . .
PENDERITA ANOREKSIA DAN BULIMIA AKAN CUBA MENURUNKAN BERAT BADAN ANTARA 25 HINGGA 50 PERATUS BERAT BADAN MEREKA